Singapura perketat undang-undang laman web berita

SINGAPURA 28 Mei - Pemantau media rasmi Singapura hari ini mengumumkan peraturan pelesenan bagi laman-laman web berita, termasuk portal Yahoo! tempatan, yang akan tertakluk sama seperti peraturan yang dikenakan terhadap media tradisional.

Lembaga Pembangunan Media (MDA) dalam kenyataannya berkata, peraturan baharu tersebut akan berkuatkuasa 1 Jun ini terhadap laman web yang memperoleh lebih 50,000 pelawat unik daripada Singapura pada setiap bulan dan menyiarkan sekurang-kurangnya satu berita tempatan seminggu.

Selain itu, laman web yang diberi lesen perlu memadamkan artikel yang boleh mengancam keamanan dan berbaur perkauman dalam tempoh 24 jam selepas diarahkan oleh MDA. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana