"Sikit punya haru..." Tun Daim


 Tu dia... Tun Daim Zainuddin sudah bersuara, malam tadi dalam ceramahnya di Putrajaya, beliau ulas semuanya, dari soal BN dan pembangkang, soal calon PAS Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang beliau kenal.

Kisah persahabatannya yang lebih lama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad, sehinggalah soal gembar-gembur pembangkang kononnya di Parlimen Putrajaya, BN dah 'goyang'.

Ulasan Tun Daim, tajam menikam, walaupun jarang-jarang kita tengok beliau berceramah, beliau selalunya lebih suka menganalisis dalam diam saja.

Cuma akhir-akhir ini, boleh nampak Tun Daim mula all out sokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tokoh korporat yang dihormati dunia antarabangsa ini sejak dua bulan lalu beri interbiu kepada semua akhbar berbahasa Cina. Boleh kata setiap minggu ada satu akhbar akan dapat interbiu dengan beliu.

Semua disiarkan di muka depan akhbar masing-masing, kata-kata Tun Daim, orang Cina ambik pakai, ini kerana reputasi hebat Tun Daim sebagai ahli perniagaan selepas bersara dari politik.

Beliau memiliki saham majoriti dalam sebuah rangkaian bank antarabangsa yang berpusat di Afrika.

Ramai yang kata, antara keistimewaan Datuk Najib sebagai jeneral perang BN dalam PRU 13 ini adalah, beliau berjaya menghimpunkan tiga 'Tun' dibelakangnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Daim sendiri.

Malam Isnin, bertempat di PDM Presint 8, Putrajaya, Tun Daim turun padang berkempen untuk calon BN Parlimen Putrajaya Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurut beliau, penduduk Putrajaya perlu terus memilih Tengku Adnan sebagai ahli parlimen kawasan itu kerana beliau mampu untuk menyelesaikan masalah penduduk di situ.

"Tidak ada sebab untuk memilih calon lain. Tengku Adnan boleh menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya kerana dia Setiausaha Agung UMNO, sementara Perdana Menteri adalah Presiden UMNO. Maka mudah untuk Tengku Adnan menyelesaikan masalah."

"Saya kenal calon PAS, Datuk Husam Musa, namun antara Husam dan Tengku Adnan, saya pilih Tengku Adnan," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana