Siapa Yang Lebih Popular...ANWAR Jangan Meroyan Lah


Anwar jangan hendak mengalihkan isu sebenar tentang masalah yang dia hadapi dan sepatutnya berhenti menghasut rakyat untuk menyebelahi dia. Dia tidak sepopular mana jika diambil kira sebagai seorang pemimpin yang boleh diharapkan untuk menerajui negara ini. Dia mungkin popular dalam dunianya yang tersendiri.

Dengan 63,000 pengundi Permatang Pauh yang keluar membuat pilihan, dia hanya mendapat majoriti sebanyak 11,000 orang sahaja lebih kurang. Jumlah undi yang dia terima jika dibandingkan dengan jumlah undi yang Perdana Menteri terima adalah jauh lebih kecil.

Dengan sejumlah 66,000 orang pengundi yang membuat pilihan di Pekan Pahang, Najib telah mendapat majoriti sebanyak lebih 35,000 undi. Ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa Najib lebih disukai oleh pemilih di tempatnya berbanding dengan pemilih di tempat Anwar sendiri. Dari segi peratusan pun Najib jauh mengatasi Anwar.

Kenapa pula Anwar secara tiba-tiba sahaja tidak bersetuju dengan sistem yang telah diguna pakai sejak merdeka ini, semata-mata kerana niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

Sebab itu Anwar sepatutnya jangan meroyan dan mematuhi undang-undang. Perbuatan menghasut yang beliau lakukan sekarang ini adalah tidak baik untuk keamanan dan kestabilan negara.

Comments

Mayadi said…
Mengikut fakta kputusan PRU 13...Anwar yg mengetuai PR lah yg lbih popular dari najib apabila meraih lebih suku juta undi dari rakyat msia...bn mnang secara teknikal mengikut kursi...tapi majoriti suara rakyat msia adalah brsama anwar...jadi bn perintah atas suara minoriti rakyat...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana