Shamsul Iskandar Tidak Puas Hati Dengan Presiden PAS


PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” kata Shamsul dalam ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR dan AMK ke-9 di sini hari ini.

“Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Semasa kempen PRU13 lalu, Abdul Hadi berkata pertindihan kerusi di antara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.

Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan cederung kearah ideologi komunis.

“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan...dengan DAP sahaja. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” memetik kenyataan beliau.

Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya Pakatan menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen Pakatan memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa PRU13.

“Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus “Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Pada pilihan raya lalu, Shamsul berjaya menewaskan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana