SENGAJA REBAHKAN DIRI, POLIS NAFI BERLAKU KEKASARAN

Kuala Lumpur, 26 Mei - Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad menafikan anggota polis melakukan kekasaran terhadap seorang lelaki di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi tadi.

Menurut beliau, dalam kejadian lebih kurang jam 11 pagi itu, seorang lelaki meluru secara tiba-tiba dan menolak anggota polis yang sedang bertugas dan pada masa sama memaki hamun anggota polis itu.

Lelaki itu turut menjatuhkan dirinya di atas jalan dalam kawasan balai, laluan hadapan pintu masuk ke pejabat pertanyaan kira-kira 10 hingga 15 saat sebelum bingkas bangun apabila mendengar anggota polis hendak memanggil ambulans.

"Tiada sebarang kekasaran dilakukan oleh pihak polis terhadap lelaki tersebut," katanya.

Bagaimanapun, Zainuddin berkata satu laporan polis dibuat terhadap lelaki tersebut kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana