Semua calon bebas gagal, Kamilia hilang deposit...


 Kesemua calon Bebas yang bertanding sama di kerusi Parlimen mahupun DUN pada PRU13  berakhir kelmarin gagal meraih sebarang tempat sekali gus melenyapkan dua kerusi DUN yang pernah dimenangi calon berkenaan di Kedah dan Pahang pada 2008.

Meskipun jumlah calon Bebas pada PRU-13 ini adalah yang paling ramai dalam sejarah PRU iaitu 270 orang selain membabitkan penyertaan calon ‘ternama’ dan dikenali, ia belum cukup kukuh bagi meraih keyakinan rakyat memilih mereka.

Seramai 79 calon Bebas bertanding di kerusi Parlimen manakala 191 orang lagi di kerusi DUN berbanding hanya 108 calon pada PRU 2008.

Di Parlimen Kuala Kangsar, bekas Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding atas tiket Bebas kalah kepada calon BN Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pertandingan tiga penjuru antara Kamilia, Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) menyaksikan calon BN memperoleh 14,218 undi, Khalil Idham Lim (13,136) manakala Kamilia (447) yang mengakibatkan beliau hilang wang pertaruhan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang gagal mempertahan kerusi Parlimen Pasir Mas apabila tewas kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS) dengan majoriti 8,047 undi.

Di Parlimen Tanjung Karang, penyanyi dangdut era 80-an, Herman Tino yang bertanding sebagai calon Bebas turut menerima nasib sama apabila tumpas kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.


Di Terengganu, calon Bebas dan paling tua pada PRU-13, Maimun Yusof atau Tok Mun yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila tewas kepada calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Tok Mun hanya memperoleh 182 undi manakala calon BN Mohd Zubir Embong (35,043 undi) dan Raja Kamarul Bahrin (45,828 undi).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana