Sedihnya....Hadi tolak ajakan Nasharuddin


KOTA BHARU 13 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Beliau sebaliknya menyifatkan itu hanya cadangan pihak yang sedang 'lemas' atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.

"Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat, dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Abdul Hadi mengulas desakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang mahu perpaduan Melayu Islam diperkasa menerusi kerjasama UMNO dan Pas iaitu dua parti politik di negara ini yang ditunjangi orang Melayu.

Nasharuddin berkata, usaha penyatuan Melayu Islam ini perlu digerakkan di peringkat bawahan dan hanya UMNO serta Pas sahaja dilihat mampu melakukan perkara tersebut.

Sementara itu, ditanya adakah penyatuan antara kedua-dua parti itu mustahil untuk berlaku, Abdul Hadi enggan memberikan sebarang komen.

Mengulas tentang pertemuannya dengan Ahmad, beliau berkata, ia adalah kunjungan hormat yang biasa dilakukannya dan berharap pentadbiran baharu kerajaan Pas Kelantan berjalan dengan baik.

Comments

Achied said…
Sebenarnya pas yg terdesak..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana