Sedih Betul Kenyataan Nik Aziz Tak Habis Habis Timbul Masalah...BN parti tunggal: Umno sudah tiba di jalan mati

SHAH ALAM: Tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal menunjukkan Umno sudah sampai di jalan mati, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Mursyidul Am PAS itu lagi, keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan walaupun Umno menang besar, parti itu hanya disokong oleh orang-orang Melayu di luar bandar.

“Ini menandakan bahawa Umno sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

“Sekalipun Umno menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan BN di Parlimen membuktikan bahawa Umno hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan Umno sehingga tertelan dengan mata kail,” tambah beliau lagi.

Semalam Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Menurut timbalan perdana menteri itu cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Nik Aziz turut menyelar Umno yang dikatakan gagal mewujudkan demokrasi sebenar di Malaysia.

“Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh Umno.

“Ketelusan di dalam pilihan raya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana