Salahkah kita bicara soal bangsa? - Nasharuddin


KUALA LUMPUR 12 Mei - UMNO dan Pas perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, untuk itu mana-mana pihak yang menolak kepada penyatuan Melayu Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Insafilah bahawa masa depan bangsa dan agama kita sedang mula dirobek. Tetapi, akan ada yang mentohmah kenapa saya memilih pentas bangsa ini. Salahkah kita berbicara tentang bangsa kita? Adakah ia salah di sisi agama?

"Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sini hari ini.

Wacana anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung itu turut menampilkan tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah sebagai ahli panel.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana