Restu Hadi dan Nik Aziz penghibur dosa


 Ribuan hadirin di Marang malam tadi tentunya kecewa apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai video seks yang dikaitkan kepada beliau.

Sebaliknya Mustafa bertegas kepimpinan PAS iaitu presiden dan mursyidul amnya sendiri memberitahu beliau tidak perlu untuk mengambil sumpah laknat. Malah PAS menganggap tidak perlu untuk menjalankan siasatan.

Sistem keadilan PAS

Cukup bagi mereka untuk Mustafa menafikan beliau adalah orang dalam rakaman itu.

Itulah sistem keadilan PAS. Akar umbi PAS, walau banyak mana pun persoalan mereka, terpaksa menerima amanat parti mereka ini.

Dalam menyatakan pendirian beliau dan dua pemimpin tertinggi PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mustafa memberikan gambaran jelas pentadbiran ala PAS, jika pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) esok.

Apakah jika ditakdirkan Malaysia jatuh di tangan PAS bererti soal moral dan akidah tidak akan, malah tidak perlu diberi perhatian berat?

Apakah bahan video akan ditolak semata-mata kerana PAS tidak tahu siapa yang memuat-naikkannya?

Adakah itu sudah cukup dijadikan alasan untuk menolak apa yang terpampang dalam video berkenaan, tanpa sebarang siasatan oleh mana-mana pihak?.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana