Ramai sokong polis bertindak tegas...Dalam Twitter...Inilah Tandanya Rakyat Suka Keamanan


Walaupun ada puak pembangkang yang bising dengan penangkapan terbaru tersebut, namun majoriti mahukan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menghasut orang ramai.

Mungkin sebab dah lama pihak berkuasa berlemput dengan puak-pauk ini, ramai yang rasa pembangkang sekarang ini 'naik lemak' rasa macam boleh langgar apa saja undang-undang di negara ini tanpa dikenakan tindakan.

Kesimpulannya ramai yang sokong polis kuatkuasakan undang-undang.

Lagipun tidak ada sesiapa yang boleh tuduh polis zalim, sebab tengah cara Tian Chua yang boleh tweet sakan lagi lepas dakwa ditahan polis.

Agendadaily difahamkan ada yang ditahan sedang makan tengahhari, polis biar suspek habis makan dulu, baru bawa ke balai, sementara dok makan suspek sms kawan-kawan maklum kena tangkap.

Sampai saja dibalai katanya peguam masing-masing sudah tunggu.

Kiranya semua dibuat berdasarkan dengan tertib dan ikut undang-undang.

Sementara itu, mengulas perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan bertindak tegas terhadap kumpulan yang melakukan perhimpunan tanpa mendapatkan permit polis.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata tindakan kumpulan terbabit bukan sahaja menjejaskan ketenteraman awam, malah boleh membawa kepada keruntuhan ekonomi paling dahsyat jika tidak dikawal apabila pelabur asing memindahkan pelaburan mereka ke negara lebih aman, tenteram dan selamat.

Justeru, beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas terhadap perhimpunan haram yang dilakukan pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 lalu.

"Tindakan mereka ini dianggap mensabotaj pertumbuhan ekonomi negara sekali gus menggamit campurtangan kuasa asing. Kumpulan terbabit hendaklah didakwa dan dijatuhkan hukuman berat sekiranya mereka didapati bersalah melanggar undang-undang peraturan ketenteraman awam sedia ada," katanya.

Tajuddin berkata banyak program transformasi ekonomi yang akan dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan pendapatan negara dan rakyat akan terjejas apabila kadar jumlah pelaburan asing merosot.

Sehubungan itu beliau berharap Ahmad Zahid mengotakan apa yang dikata agar kenyataannya tidak diperlekeh atau diperkecilkan mana-mana pihak terutama pemimpin pembangkang.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan sendiri, beliau mendapati sebahagian besar rakyat pelbagai kaum terutamanya orang Melayu di negara ini bersetuju dengan kenyataan dan tindakan tegas tanpa amaran yang akan dilaksanakan Ahmad Zahid melalui undang-undang sedia ada di bawah KDN.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak mengingatkan penyokong pembangkang supaya bermuhasabah terutama penyokong PKR agar mempunyai jati diri yang tinggi terhadap negara dan menerima sistem demokrasi sedia ada mengikut acuan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana