Rakaman Penasihat PKR janji undur diri tersebar


KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menunaikan janjinya untuk berundur secara baik sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya sebagaimana dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Ini berikutan tersebarnya rakaman video ucapan Anwar yang dibuat pada 17 Ogos 2012 bahawa beliau akan berundur dan memilih untuk menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN).

"Kita tawakal kepada Allah, kita serah kepada rakyat putuskan. Saya yakin kali ini kita dapat tawan Putrajaya dan Datuk Seri Najib Tun Razak beralih menjadi ketua pembangkang. Kita tengok pula macam mana prestasi beliau.

"Tetapi andai kata kerana kita tawakal, saya tidak diberi mandat, maka saya dah umumkan wajar kita beri kepada barisan kedua dalam kepimpinan pakatan. Ada anak muda yang lebih matang, berwibawa dan mereka boleh teruskan.

"(Namun) Saya ikhtiar sedaya-upaya saya. Sedaya-upaya dan saya yakin kita menang tetapi andai kata tidak, saya akan berundur dengan baik," katanya sebagaimana dipetik dari laman YouTube ketika dirakam dalam program Borak Anwar.

Anwar ketika ini bukan sahaja enggan menunaikan janjinya untuk berundur dengan baik tetapi mengajak rakyat turun ke jalanan dengan menganjurkan siri demonstrasi bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Rabu lalu, Anwar mengepalai perhimpunan haram di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sehingga menyebabkan kesesakan teruk manakala malam kelmarin pula demonstrasi serupa di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, orang ramai yang melayari video ucapan Anwar mengecam ketua pembangkang tersebut sebagai penipu kerana tidak menunaikan janji selain secara terbuka mengatakan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Salah seorang ialah Syed Faiz Binyahya apabila dalam nada sinis bertanya apakah beliau tersilap dengar kenyataan Anwar untuk bersara dari politik kerana cukup mengenali ketua pembangkang itu cakap tak serupa bikin.

"Selagi dia tak dapat jadi Perdana Menteri, dia tak akan berhenti. Kalau perhimpunan tak jalan dia akan bawa Malaysia ke arah rusuhan pula, kalau itu pun tak jalan tidak mustahil minta kuasa luar isytihar perang ke atas Malaysia," dakwanya.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang hanya menggelarkan diri sebagai Sylvastine meminta rakaman video ucapan tersebut disiarkan ke seluruh negara agar orang ramai dapat menilai sikap sebenar ketua pembangkang itu.

"Saya rasa patut tayangkan, biar rakyat menilai sendiri kalau si pengecut (Anwar) ini sanggup mengundurkan diri secara baik. Sehari saja kalah terus buat himpunan. Inikah yang dikatakan tawakal. Cakap tak serupa bikin," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana