Raja Nong Chik cadang saman Nurul Izzah


KUALA LUMPUR 9 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana menyebar fitnah dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Kita dalam kajian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.

"Saya kalah kerana pembunuhan karektor terhadap saya dan keluarga yang disebarkan termasuk melalui media sosial," kata beliau.

Raja Nong Chik berkata, tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah yang memenangi kerusi P.121 pada PRU-13 itu bagi mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.

"Sepanjang kempen saya tidak menyentuh satu ayat pun mengenai peribadi Nurul Izzah dan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Inilah cara berkempen yang kurang sihat menyebabkan rakyat melakukan pemilihan berdasarkan andaian yang tidak benar," kata Raja Nong Chik.

Dakwa Raja Nong Chik, antara fitnah yang disebarkan Nurul Izzah termasuk kononnya beliau terlibat dengan pemilikan tanah di Bukit Kiara.

"Tiap-tiap kali berkempen, Nurul Izzah dan bapanya turut menimbulkan isu anak saya mendapat projek, sedangkan ia berlaku sebelum saya menjadi menteri. Ini pembunuhan karektor terhadap saya," jelasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau banyak menerima undi daripada penduduk yang tinggal di Lembah Pantai yang mengetahui rekod kerjanya.

"Lebih kurang 31,000 pengundi luar yang balik mengundi memilih pembangkang kerana mereka terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga," kata Raja Nong Chik.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai di sini hari ini, beliau juga menegaskan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan.

Walaupun kalah dalam PRU-13 lalu Raja Nong Chik berkata, beliau akan meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui UMNO dan BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana