PRU13: Rakyat Kelantan bersemangat mahu 'Tukar'


KOTA BHARU: Menjelang hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hari ini, ribuan rakyat Malaysia yang teruja melaksanakan tanggungjawab untuk memilih siapa yang layak diberikan mandat untuk mentadbir negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kota Bharu selepas tamatnya tempoh berkempen tengah malam tadi dapat merasakan semangat rakyat Kelantan untuk menukar pentadbiran kerajaan negeri PAS yang tidak berupaya membela dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat.

Dengan slogan ‘Tukar’, kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN)  mengedarkan risalah dan pin BN kepada kenderaan-kenderaan yang menyusuri jalan tersebut.

Bilangan mereka semakin bertambah dari masa ke semasa sehingga memaksa pihak polis dikerahkan bagi mengawal lalu lintas.

Antarapos sempat berborak dengan beberapa penyokong yang menyatakan mereka nekad untuk mengundi BN pada pilihanraya kali ini.

"Kita mahu tukar kerajaan PAS. Beri peluang kepada BN pula."

Menurut mereka, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai tidak mempunyai kredibiliti untuk dikekalkan mengetuai negeri itu.

Terdapat penyokong yang mempamerkan 'seluar dalam' di saat jurukamera Antarapos sedang merakamkan kemeriahan suasana itu.

“Tok Pa punya..Tok Pa punya..,” merujuk kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang dipalitkan dengan skandal rakaman video seks seorang lelaki yang menyerupai beliau baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana