PRU13: PAS hilang taring di Parlimen


PETALING JAYA: Timbalan Presiden dan dua Naib Presiden PAS tewas pada PRU ke 13 semalam dengan DAP muncul sebagai parti pembangkang paling berkuasa di Parlimen.
Mohamad Sabu (Pendang), Husam Musa (Putrajaya) dan Salahuddin Ayob (Pulai) kalah dalam saingan kerusi Parlimen yang sekali gus melemahkan pengaruh PAS dalam Dewan Rakyat.

Di pihak PKR, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution “direhatkan” dari Parlimen apabila tewas kerusi Kulim Bandar Bahru.Pemenang terbesar adalah DAP dengan 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008.Prestasi PAS merosot. PAS mendapat 21 kerusi Parlimen kali ini berbanding 23 lima tahun lalu.

PKR, walaupun bertanding jumlah kerusi yang paling tinggi, hanya menambah satu kerusi kepada 31 kali ini.
Cubaan bersama PAS, PKR untuk memintas pengaruh Umno di bandar dan luar bandar tidak berhasil, sebaliknya kedua-dua parti itu menyerahkan teraju pembangkang kepada DAP.

Imbangan baru kuasa ini membawa persoalan sama ada pakatan pembangkang akan mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang untuk satu lagi penggal.Anwar sebelum ini berkata, jika gagal ke Putrajaya, beliau akan meneruskan kerjaya sebagai pensyarah di Perancis atau negara lain di Eropah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana