PRU-13: Saya tidak lompat parti tetapi dipecat - Zulkifli Noordin


SHAH ALAM 30 April - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan bahawa beliau bukan seorang ahli politik yang suka melompat parti sebagaimana yang dijadikan bahan kempen pembangkang.

Menurutnya, dakwaan bahawa beliau suka melompat parti kerana ingin meneruskan kelangsungan politik merupakan tuduhan yang amat berat dan perlu diperjelaskan.

"Saya ingin menjelaskan saya bukan jenis pemimpin yang suka melompat parti, saya keluar Pas kerana dipecat dan saya bukan sesuka hati meninggalkan perjuangan saya.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi kepada pihak yang cuba memainkan isu lompat parti ini, saya dipecat kerana membantah penggunaan kalimah Allah dalam risalah milik bukan Islam, saya dahulukan Islam dan bukannya parti," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan penduduk di kawasan kejiranan Jalan Rabung, Bukit Jelutong dalam sesi ramah mesra penduduk bersama calon Parlimen Shah Alam di sini malam tadi.

Zulkifli berkata, beliau sanggup dipecat oleh parti yang menghalangnya daripada memperjuangkan kalimah Allah yang merupakan asas perjuangan Pas sebagai sebuah parti Islam.

"Saya menjadi Ahli Parlimen Bebas mesra BN sejak 2010, pelantikan saya sebagai calon Parlimen Shah Alam adalah atas pilihan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berdasar kriteria tertentu.

"Lawan saya adalah Khalid Abdul Samad, saya kenal dia sejak beliau bersama Suara Islam di United Kingdom, pemilihan saya ibarat buku bertemu ruas berdasarkan latar belakang saya sebagai bekas ahli Pas dan pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Menjawab soalan seorang penduduk, mengapa beliau tidak mahu menyertai UMNO selepas meninggalkan Pas dan lebih selesa bergerak bebas, Zulkifli menganggap langkah itu adalah yang terbaik baginya untuk memperjuangkan sesuatu isu.

"Sekiranya dapat memenangi kerusi Parlimen Shah Alam, maka lebih mudah saya berkhidmat kepada masyarakat tanpa perlu merujuk kepada hirarki dalam parti politik terlebih dahulu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana