PRU-13: Australia tidak endahkan permintaan Anwar


KUALA LUMPUR 2 Mei - Australia dilihat memberi reaksi dingin terhadap percubaan oleh seorang pemimpin pembangkang Malaysia untuk mendapatkan campur tangan Canberra dalam proses pilihan raya Malaysia.

Dalam respons kepada pertanyaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan Australia tidak menghantar pemerhati pada pilihan raya umum Malaysia 5 Mei ini, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata, Australia tidak boleh melantik diri sendiri sebagai pihak berkuasa pilihan raya luar negara bagi Malaysia.

Beliau dipetik oleh Australian Associated Press sebagai berkata: "kami sama sekali tidak akan meletakkan diri kami pada keadaan dengan kami mencorakkan amalan di hari mengundi, amalan mengundi, di negara lain".

Menegaskan bahawa Australia tiada kuasa untuk berbuat demikian, beliau berkata: "bukan menjadi amalan Australia untuk menghantar pemerhati yang tidak dijemput untuk menjalankan kuasa undang-undang di negara asing."

Laporan AAP itu selanjutnya memetik menteri Australia itu sebagai berkata:

"kami tidak boleh menjadi seperti mahkamah terhadap keputusan yang dipertikaikan, atau pihak berkuasa pilihan raya, suruhanjaya pilihan raya bagi negara lain."

Senator Carr menjelaskan Australia akan hanya menghantar pemerhati pilihan raya ke negara asing atas jemputan kerajaan negara berkenaan.

Anwar dilaporkan memberi amaran bahawa pakatan pembangkang akan dihalang daripada memenangi pilihan raya oleh apa yang didakwanya sebagai "penipuan besar-besaran."

Ini dilihat bertepatan dengan pemerhatian pakar politik bahawa pembangkang cenderung menimbulkan keraguan berhubung integriti proses pilihan raya Malaysia sekiranya mereka gagal dalam usaha untuk mengambil alih pentadbiran negara ini daripada Barisan Nasional dalam pilihan raya Ahad ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana