PRU-13: 30 ahli PKR Pandan keluar parti, tolak Rafizi


KUALA LUMPUR 2 MEI - Lebih 30 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Bendahari PKR Cabang Pandan, Nasir Lazim mengisytiharkan keluar parti itu berkuat-kuasa hari ini.

Dakwa Nasir, punca utama mereka berbuat demikian kerana tidak boleh menerima sikap ego calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mengetepikan jentera tempatan bahagian itu dalam kerja-kerja pilihan raya.

Katanya, Rafizi yang sejak dari awal mendapat tentangan ahli akar umbi parti di kawasan itu turut bertindak biadab dengan mengarahkan 'orangnya' menukar kunci bilik gerakan parti sehingga pemimpin dan ahli PKR Pandan tidak dapat melakukan aktiviti.

Oleh hal yang demikian, menurutnya, beliau dan lebih 30 ahli mengambil tindakan keluar parti serta berkempen untuk BN sebagai pengajaran kepada Rafizi dan kepimpinan tertinggi PKR supaya mempertimbangkan rintihan ahli di peringkat akar umbi.

"Kami juga kecewa, menentang dan hilang kepercayaan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak langsung memberikan sebarang penjelasan atau membalas surat penolakan PKR Pandan terhadap Rafizi yang dihantar kepada Anwar sejak September 2012.

"Rafizi ketika mula-mula datang ke Pandan memberitahu dia ke sini hanya sebagai Pengarah Strategi PKR tetapi nyata dia pembohong kerana akhirnya mendapat sokongan atasan dan bertanding di sini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MCA Pandan di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana