Presiden PAS patut dikritik - Pemuda PKR



SHAH ALAM: Naib Ketua Pemuda PKR Selangor, Jafrien Muhammad tampil membela ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dibidas Dewan Pemuda PAS susulan kritikan yang dilontarkan kepada Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam ucapannya pada Kongres Nasional PKR baru-baru ini.

Dihubungi Antarapos, Jafrien menegaskan kritikan Shamsul menggambarkan bahawa Pemuda PKR (AMK) memandang serius sebarang tindakan yang bertentangan dengan perjanjian yang dipersetujui di kalangan parti-parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan).

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menurut perjanjian yang dimeterai bersama, AMK ujar beliau harus bersuara menyatakan pendiriannya.

"Setiap perbincangan setelah selesai daripada keputusan dibuat, maknanya kesemua parti kena akurlah apa keputusan yang telah dilaksanakan. Kalau melanggar itu kita terpaksa mengkritik secara terbukalah.

"Dalam kepimpinan pemuda, kita tegas..kalau melanggar apa-apa perjanjian kita terpaksa menegur secara berhemah," jelasnya yang juga Ketua AMK Gombak.

Shamsul dalam ucapan dasarnya pada Kongres AMK ke-9 Jumaat lalu menyelar Abdul Hadi kerana mencerca calon-calon PKR ketika berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tindakannya itu telah mengundang perasaan tidak puas hati dikalangan pimpinan pemuda PAS yang menganggap Shamsul tidak layak untuk menegur Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Jafrien menegaskan teguran yang dibuat Shamsul itu berniat baik demi kerjasama di antara PKR dan PAS pada masa hadapan.

Mengenai kecaman pemuda PAS yang ditujukan kepada Shamsul, beliau berpendapat ianya pendapat peribadi pemimpin pemuda tersebut dan tidak menggambarkan pendirian pimpinan tertinggi partinya.

"Mungkin dia (beri pandangan) individu...bukan parti. Kalau nak kira kenyataan dari parti, bagi saya itu biar pihak atasan selesaikanlah," katanya.

Menegaskan isu yang dibangkitkan Shamsul itu telah berlaku sebelum pilihan raya lagi, beliau turut menekankan kepentingan budaya tegur menegur di dalam sesuatu kerjasama yang dijalinkan.

"Benda ini memang sudah terjadi. Jadi untuk mengukuhkan kami punya pendirian sebagai AMK kita terpaksa mengkritik.

"Kita kena tunjukkan bahawa AMK ini tegas dalam segala perjanjian yang dilakukan ataupun perbincangan yang dibuat oleh kepimpinan atasan berhubung pembahagian kerusi itu supaya tak akan berlaku lagi di masa hadapan," ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana