PR Semakin Bergolak : Ahli Pas Ganggu Ceramah Mustafa Ali


KUALA LUMPUR, 3 Mei - Ceramah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di Kota Damansara malam tadi kecoh apabila kira-kira 30 ahli Pas kawasan itu mengadakan bantahan sebagai protes pemilihan Dr. Nasir Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Kejadian berlaku ketika Mustafa sedang berceramah menjelaskan isu yang timbul ekoran pertindihan kerusi di DUN itu antara calon Pas dan PKR.Ucapan Mustafa beberapa kali terganggu apabila salah seorang ahli Pas kawasan itu memprotes apa yang dikatakan oleh beliau.

Keadaan semakin kecoh apabila ahli-ahli Pas tersebut berang kerana Mustafa segera menamatkan ucapannya dan beredar dari lokasi ceramah itu.Ini menyebabkan ahli-ahli Pas berkenaan berkumpul di kawasan jalan raya untuk meneruskan bantahan.

Mereka mahu calon Pas, Ridzuan Ismail bertanding di DUN Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana