PR hipokrasi paling besar ...Kata kata Bernas Dari Najib


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.

Najib yang juga Presiden Umno menempelak pembangkang kerana boleh menerima keputusan yang menguntungkan mereka walaupun mendakwa sistem pilihan raya kali ini tercemar dan berlaku penipuan.

"Kalau sistem pilihan raya begitu tercemar, dinodai penipuan, kenapa angkat sumpah di Pulau Pinang, Kelantan dan tidak sabar-sabar mengangkat sumpah di Selangor? Kenapa terima (keputusan) di Permatang Pauh, Gelang Patah.

"Tetapi kalau sistem yang sama di peringkat negeri dan pusat...kalau yang menguntungkan mereka, (mereka) terima keputusan. Kalau memihak kepada BN, tidak diterima. Inilah hipokrasi yang paling besar," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Sabtu.

Najib berkata sebagai pengamal demokrasi, pembangkang sepatutnya menerima keputusan rakyat berdasarkan sistem yang diterima pakai mengikut perlembagaan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana