Polis Singapura Tahan Rakyat Malaysia...Kan Bangang Namanya


SINGAPURA – Polis menahan 21 rakyat Malaysia selepas menunjuk perasaan di Merlion Park semalam. Ini dilakukan walaupun polis sebelum ini memberi nasihat perhimpunan seumpama itu melanggari undang-undang Singapura.

“Pihak polis ingin menegaskan, sementara orang luar dibenar bekerja dan tinggal di sini, mereka perlu mematuhi undang-undang kita. “Mereka tidak boleh membawa masuk isu dalaman dari negara mereka ke Singapura dan melakukan aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam, kerana mungkin terdapat kumpulan dengan pandangan yang berbeza.

“Mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani secara serius,” memetik jurucakap polis sebagai berkata menerusi satu kenyataan.

Penahanan iu dilakukan selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana ‘mengambil bahagian secara aktif dalam perhimpunan haram’ di Merlion Park kira-kira 4.50 petang pada Rabu, di mana kira-kira 100 orang berhimpunan untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 Malaysia 5 Mei lalu.

*Begitu tegasnya pihak berkuasa Singapura.. Tapi di Malaysia pengganas dibiarkan bermaharajalela.. Kadang2 geram jugak kat kerajaan yang selalu berlembut.. Kembalikan ISA !

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana