Polis siasat himpunan haram di P.Pinang...Jenis Dasar Melampau


GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat perhimpunan mega pembangkang anjuran kerajaan negeri DAP pada Sabtu yang berlangsung tanpa kelulusan dari pihak berkuasa.

Penolong Pesuruhjaya Polis Daerah George Town, Gan Kong Meng berkata penganjur telah melanggar undang-undang yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

PAA menetapkan penganjur perhimpunan perlu mengemukakan notis 10 hari kepada pihak polis sebelum tarikh program tersebut.

Gan berkata pihaknya hanya menerima notis daripada penganjur pada Rabu minggu lalu iaitu 3 hari sebelum perhimpunan yang berlangsung di Esplanade, malam tadi.

Justeru pihak polis telah menolak permohonan berkenaan selain mengambil kira faktor keselamatan awam dan laluan trafik.

"Laporan telah dibuat terhadap pihak penganjur dan kami akan membuka suatu penyiasatan," beliau dilaporkan berkata.

Gan menambah polis akan memanggil beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat termasuk Timbalan Ketua Menteri I Mohd Rashid Hasnon dan Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Pengerusi Jawatankuasa Danny Law Heng Kiang, untuk direkod kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana