Polis Beri Amaran Pacak Bendera Kecil


ALOR SETAR: Polis mengenal pasti wujudnya gerakan untuk mencetuskan keganasan sekiranya parti politik tertentu gagal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada Ahad.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung rancangan pihak berkenaan untuk memasang bendera kecil berwarna-warni di beberapa lokasi tertentu yang dipercayai sebagai penanda lokasi demonstrasi.

"Kita mendapat maklumat bahawa beberapa bendera kecil yang berwarna warni akan di tanam di beberapa tempat oleh pihak yang tidak kita kenali.

"Polis tahu dan faham bahawa kemungkinan besar bendera ini merupakan lokasi untuk orang yang nak buat kacau duduk berkumpul bagi mengganggu ketenteraman negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kedah di sini, Sabtu.

Sebelum ini terdapat laporan berapa laman blog dan kiriman sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar berhubung bendera kecil berwarna-warni yang dipacakkan di ibu negara yang dikatakan mempunyai makna tertentu.

Warna bendera itu dikatakan mewakili pemuda-pemuda parti yang bergabung dalam pakatan yang akan memulakan Malaysia Spring pada petang 5 Mei jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

Mengulas lanjut Ahmad bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum menemui kewujudan pemasangan bendera berkenaan di Kedah namun menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana ia dianggap cubaan untuk menggannggu ketenteraman awam.

"Saya seru kepada pihak-pihak berkenaan supaya berhenti pacak bencera yang bukan mewakili parti politik itu di tempat-tempat tertentu.

"Polis jangkakan ia sebagai perancangan untuk merosakan ketenteraman awam dan polis akan bertindak termasuk membuang semua bendera-bendera ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana