Pesta 'kegilaan' himpunan orang kecewa...


Himpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 anjuran pembangkang tidak mencerminkan demokrasi kerana mereka sebenarnya membantah keputusan majoriti rakyat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sebaliknya kata beliau, perhimpunan itu hanya satu pesta 'kegilaan' orang kecewa yang tidak dapat menerima kekalahan dan mesti dihentikan.

"Bagi saya ia sangat berbahaya kerana itu bukan demokrasi.

"Demokrasi ialah penerimaan dan menerima keputusan yang telah dibuat rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran seni 'Mera'i Demokrasi' di RA Fine Arts Gallery, di sini Ahad.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang terus menganjurkan perhimpunan konon bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei lepas.

Shabery berkata jika benar pembangkang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya itu, mereka sepatutnya menggunakan saluran undang-undang yang ada seperti memfailkan petisyen di mahkamah.

Katanya mereka juga patut mengemukakan bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka.

"Mereka mendakwa terdapat 45,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk sebagai pengundi hantu. Saya pun tertunggu-tunggu untuk melihat buktinya. Sekurang-kurangnya tunjuklah 10 atau 20 orang, saya juga mahu melihatnya," katanya.

Katanya rakyat juga boleh menilai sendiri kewajaran perhimpunan berkenaan.

Comments

Unknown said…
yang dtang ni kebanyakkan remaja, mat rempit.. yang tak layak mengundi pun ada, yang tak mendaftar pun tak pe.. yang penting dorang datang nak enjoy, bawa awek.. berkepit2 menambah maksiat. aku sendiri tanya kat salah sorang pengunjung, mengundi dimana hari tu??? sy tak mendaftar bang!.. he3... bila tengok dan peratikan.. gelagat dorang ni mcm orang yang tak bertemaddun...
Unknown said…
yang dtang ni kebanyakkan remaja, mat rempit.. yang tak layak mengundi pun ada, yang tak mendaftar pun ade.. yang penting dorang datang nak enjoy, bawa awek.. berkepit2 menambah maksiat. aku sendiri tanya kat salah sorang pengunjung, mengundi dimana hari tu??? sy tak mendaftar bang!.. he3... bila tengok dan peratikan.. gelagat dorang ni mcm orang yang tak bertemaddun..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana