Perlantikan Khairy Bukti Suara Belia Didengar Kerajaan

 PUTRAJAYA 26 Mei - Lantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan merupakan bukti bahawa kerajaan sedia ada mendengar suara yang diluahkan oleh golongan belia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan Khairy menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek suatu tindakan yang tepat kerana beliau juga tergolong dalam lingkungan usia belia.

"Apabila (Khairy) mewakili belia ada dalam kabinet, beliau dapat menyampaikan apa yang dirasakan oleh golongan belia. Hati suara belia akan dapat didengari oleh kerajaan.
"Kerajaan akan mempertimbangkan pendapat dan luahan belia seterusnya mengorak langkah dalam memperkasakan belia di negara ini," katanya ketika ucaptamanya sebelum merasmikan Festival Belia Putrajaya di sini malam tadi.

Turut hadir Khairy, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta barisan menteri dan timbalan menteri kabinet lain.

Tambahnya, kerajaan sedia ada mampu melakukan perubahan kepada masa depan golongan belia dengan memastikan kepentingan yang diperlukan oleh golongan tersebut.

"Kerajaan menyediakan pentadbiran negara yang sistematik. Maka belia perlu memiliki nilai yang baik serta mampu berfikir secara rasional," katanya.

Pada majlis tersebut, Najib telah menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 yang dimenangi oleh Mazri Nasir (Johor) bagi kategori lelaki manakala Halimah Abd Rahman (Sabah) bagi kategori wanita.Sementara itu,Najib turut menolak dakwaan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencuri kemenangan mereka adalah satu kepalsuan kerana BN tidak pernah melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Najib berkata, sehingga kini, pihak pembangkang masih gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut.

"Tunjuk warganegara Bangladesh yang dikatakan mengundi, tunjukkan di pusat mengundi mana terdapat warga Bangladesh. Mereka tidak ada bukti.

"Mereka mendakwa bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi, tunjukkan lapangan terbang mana. Jangan tuduh sembarangan bahawa seseorang itu adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka berkulit gelap," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana