Perjanjian sulit: Pemuda PAS tuntut penjelasan Anwar

Sejak heboh cerita ada perjanjian sulit antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didedahkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, ramai yang terkejut.

Terutamanya bagi pemimpin PAS dan DAP yang tidak dimaklumkan sebelum ini oleh Anwar. Terbaru kenyataan media oleh sayap Pemuda PAS yang menuntut penjelasan Anwar mengenai isu tersebut.

Berikut kami siarkan kenyataan penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

PERTEMUAN SULIT: ANWAR DIMINTA PENJELASAN

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta penjelasan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung wujudnya perjanjian sulit  antara beliau dengan Perdana Menteri baru-baru ini. Ia dilaporkan dalam media berhubung pertemuan dan perjanjian sulit tersebut yang berlangsung pada April 2013 dengan Yusof Kalla menjadi perantaranya.

Apakah benar pertemuan telah berlangsung dan apakah isi kandungan perjanjian itu? Mengapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut?

Apakah ia hanya suatu propaganda murahan yang dicipta oleh kem UMNO-BN bagi menimbulkan suatu prejudis rakyat terhadap kejujuran Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dengan maksud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat?

DPPM mengingatkan keutuhan Pakatan Rakyat pada ketika ini berada di tahap tertinggi. PAS menolak sebarang kerjasama dengan BN termasuk tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin yang mengadakan perjanjian sulit dengan UMNO-BN.

Bahkan, sekiranya ada cadangan pertemuan tersebut PAS akan berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat terlebih dahulu serta akan menjadi perbincangan umum. DAP pula tidak perlu dipersoalkan kesetiaan mereka.

Tatkala MCA dan Gerakan menolak menyertai kabinet, DAP pula ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan. DAP dengan tegas dan prinsip yang teguh menolak tawaran BN dan sedia bersama PR sahaja.

DPPM percaya Datuk Seri Anwar mempunyai alasan yang kukuh untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama dengan PM sekiranya ia benar-benar berlaku manakala PKR pula berpegang teguh dengan prinsip setiakawan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Hanya penjelasan dapat melegakan keresahan rakyat khususnya penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di peringkat akar umbi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana