Perang twit Azmin dan Syed Husin...Apa Sudah Jadi Ni


PETALING JAYA: Pertingkahan dalam talian yang berlaku di antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin terdahulu, Dr Syed Husin Ali telah mewujudkan reaksi segera daripada penyokong-penyokong parti yang merayu agar mereka menghentikannya.

Syed Husin menghantar 'tweet' kepada Azmin berikutan kenyataan pada sidang akhbar mengenai urusan parti dan pelantikan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Syed Husin mempersoalkan mengapa Azmin menggunakan media dan berkata, ini hanya akan menyebabkan Umno akan "menari-nari gembira".

Beliau berkata Azmin mungkin telah membuat kesalahan, sambil menambah tindakan dan kenyataan beliau boleh menjejaskan kredibiliti parti.

Azmin membalas dengan dua 'tweet', memberitahu Syed Husin untuk menghentikan kepura-puraan dan mendakwa persoalan kredibiliti hanya timbul jika ia menjejaskan orang lain tetapi tidak dirinya (Syed Husin).

Dalam 'tweet' kedua, Azmin memberitahu Syed Husin bahawa beliau juga tahu apa yang telah berlaku dan mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR itu juga telah menghantar 'tweet' "menyerang" pemimpin parti Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memilih saudaranya.

Dalam perang 'kata-kata' di antara kedua-dua mereka, ia telah mendorong pelbagai reaksi daripada penyokong parti termasuk @syamrin81 yang menulis supaya kedua-dua mereka tidak bergaduh di Twitter tetapi menyelesaikannya secara tertutup.

"Jangan gunakan serangan peluru di Twitter. Tunjukkan kematangan anda. Fikirkan ia sebagai satu pergaduhan di antara suami dan isteri. YB Azmin, anda adalah seorang pemimpin yang disanjungi. "

@Hanifwahid bersetuju dengan berkata: "Tidak adakah ruang lain untuk membincangkan semua ini?"

Seorang lagi pengguna @HussainMohdAmin memberitahu kepada mereka supaya menghentikan pertelingkahan dan menasihati Syed Husin supaya berehat dan Azmin untuk bersabar.

"Penat sgt tu. Sabar la jika x dpt jd MB. Lain kali cube lg," katanya di Twitter.

@eddyquay berkata tindakan Azmin perlu dibiarkan kerana adalah hak beliau untuk membuat sebarang komen.

Seorang lagi, @PakcikJoe memberitahu Azmin dan Syed Husin supaya bertenang.

"Relax la ... rakyat br nak Bersatu yg korang Dok berebut Jawatan ni dah kenape? PTT la x Menang persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana