Penyokong PR kecewa Anwar tak hadir ceramah....Inilah dikatakan Pembohong,Talam 2 Muka



ALOR SETAR: Penyokong pembangkang yang menunggu selama lebih tiga jam kecewa apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim di sini.

Kira-kira pukul 6.45 petang, penyokong yang hadir mula meninggalkan stadium apabila penganjur memaklumkan Anwar tidak dapat hadir kerana terkandas dalam kesesakan lalulintas di Pokok Sena.

Bagaimanapun untuk tidak menghampakan penyokong yang hadir, pihak penganjur menghubungi Anwar bagi mendengar amanatnya menerusi panggilan telefon.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua.

"Pastikan kita semua turun beramai-ramai pada Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya," katanya," katanya menerusi telefon yang diperdengarkan kepada umum.

Setiausaha Politik 1 kepada Anwar, Mohd Shukri Md Saad ketika ditemui berkata Anwar masih terkandas di Tanjong Musang, Pokok Sena selepas menghadiri majlis bertemu rakyat di kawasan Parlimen itu.

"Atas faktor masa, Datuk Seri Anwar tidak dapat ke sini...beliau terpaksa meneruskan perjalanan ke Sungai Petani untuk program di sana," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana