Penyatuan ummah: Hadi Awang buat lawak apa ni...


Berdasarkan fakta, BN menang 133 kerusi, manakala UMNO saja menang 88 kerusi Parlimen, tapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama UMNO-PAS seperti yang dicadangkan berbagai pihak seumpama menolong 'orang lemas'.

PAS nampak gayanya tidak sedar diri, parti itu hanya menang 21 kerusi Parlimen susut dua dari 23 pada PRU12.

Bukan saja PAS kalah teruk, pemimpin kanannya, seperti Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub masing-masing tewas kerusi yang ditandingi.

Hanya Hadi dan seorang lagi Naib Presiden Mahfuz Omar saja yang menang.

Ikut logik yang lemas bukan UMNO atau BN, sebaliknya PAS, yang bukan saja susut kerusi Parlimen bahkan hilang negeri Kedah dan susut kerusi DUN di Kelantan.Hadi di Kota Bharu hari ini menolak sebarang penyatuan antara UMNO dan Pas seperti yang dicadangkan beberapa pemimpin bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.

Beliau sebaliknya menyifatkan cadangan itu hanya dikeluarkan oleh pihak yang sedang 'lemas' atau terdesak mendapatkan pertolongan daripada orang lain untuk menyelamatkan diri.

"Itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas, kita tak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat, dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," katanya ringkas.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim.

Semalam bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.

Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi PAS yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas.

"Bagi saya, dalam agenda perpaduan yang melibatkan UMNO dan PAS, ia mesti jadi agenda berterusan. Namun, apa yang saya tidak boleh terima, bila ada kenyataan kalau ada usaha untuk menyatukan Pas dan UMNO, muka orang itu akan diludah. Ajaran agama mana ini?

"Saya tahu selepas ini akan ada bermacam tohmahan dan tuduhan tentang kenapa saya memilih pentas bangsa. Salahkah kita bicara tentang bangsa kita? Adakah perjuangan bangsa ini salah di sisi agama?," soalnya.

Nasharuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok berkata, usaha penyatuan Melayu Islam ini perlu digerakkan di peringkat bawahan dan oleh itu hanya UMNO dan Pas sahaja dilihat mampu melakukan perkara tersebut.

"Kita berbicara soal perpaduan, hari ini mungkin ramai yang lihat dalam akhbar, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melawat Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir juga datang melawat dan mereka lupa sekejap siapa UMNO dan Pas. Persoalannya, adakah nak tunggu sehingga orang kena potong kaki, masuk hospital atau ranap bangsa baharu kita nak bicara tentang perpaduan sesama kita?," soalnya lagi.

Oleh yang demikian menurut beliau, isu perpaduan Melayu Islam memerlukan tindakan serta kesungguhan semua pihak dengan kepentingan terhadap keperluan UMNO dan Pas berbincang melihat masa depan negara dengan lebih konstruktif.

"Perkara besar seperti ini mungkin tak dapat natijah dalam tempoh singkat tetapi ia perlu dilakukan untuk kesinambungan Islam dan Melayu sebagai teras negara. Dalam hal bangsa, tiada salah untuk kita berbincang dengan syarat berteraskan Islam," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan PAS bertindak menyingkirkan mana-mana ahlinya yang bergerak menyatukan parti itu dan UMNO, beliau berkata: "Padang ini luas dan kalau tak boleh bermain di padang ini, kita boleh bermain di stadium lain"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana