Penipuan PRU13: PR diminta guna saluran betul...Inilah Perangai ANWAR Yang Sebenar


SHAH ALAM: Pakatan pembangkang dan Ketua Umum PKR dinasihatkan supaya menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir sekali gus berhenti menbuat kenyataan bahawa sistem pilihan raya di negara ini tidak bersih, kata Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

Malah, menurut Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menggunakan saluran yang betul dan bukannya menjaja cerita kononnya terdapat banyak penipuan semasa PRU13 dalam perhimpunan haramnya ‘Black 505’ sehingga sanggup mengugut kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyerahkan bukti penipuan tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

"Itulah masalahnya dia (Anwar) tidak menggunakan saluran yang sah dalam negara contohnya dia tidak menggunakan mahkamah dan membuat petisyen dan sebagainya, jadi dia hendak cuba mempengaruhi dunia  melalui Amerika untuk mencari dan memaksakan kemenangan kepada diri dia.

"Inilah masalah orang-orang yang lemah dan akhirnya menggunakan saluran asing untuk mencari kemenangan dan dia selama-lamanya begitu bukan saja  dapat bantuan asing, kemudian mendapat sokongan asing untuk meruntuhkan kerajaan Malaysia tetapi dia bertindak untuk mempengaruhi orang asing, surat khabar asing, pandangan asing, dan negara asing, jadi orang macam ini memang menjadi pengkhianat di dalam negara kitalah," katanya kepada Antarapos.

Anwar ketika berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan kelmarin berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Obama.

Beliau juga menegaskan Pakatan Rakyat mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara.

Anwar berkata demikian mengulas reaksi awal Obama yang menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.
   
Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Bagaimanapun tindakan Anwar dibidas Zainal dan menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai terdesak dalam meraih simpati masyarakat dunia.

"Ialah dia (Anwar) memang orang lemah, orang lemah yang tidak boleh berdiri sendiri dan tidak ada kredebilti kesahihan yang cuba mempengaruhi orang luar untuk mendapat kesenangan dan pengiktirafan.

"Jadi mungkin dia sudah cuba, dia sudah cuba Australia, kemudiannya yang ini nak ke Amerika pula jumpa Obama, jadi orang ini memang kita tidak boleh percaya punya," katanya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberitahu bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13, boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh SPR.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata petisyen itu boleh dibuat dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana