Pengundi Siam marah Mat Sabu...Padan Muka


ALOR SETAR 15 Mei - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu biadab kerana menuduh masyarakat Siam sebagai pengundi hantu dan menyebabkan beliau kalah di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul berkata, tindakan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu telah mengundang kemarahan masyarakat Siam yang sudah lama menetap di kawasan tersebut.

Malah, katanya, Mat Sabu tidak layak menjadi calon di kawasan tersebut memandangkan beliau sendiri tidak memahami sejarah masyarakat Siam dan demografi penduduk di Pendang.

'"Mat Sabu memang tidak layak bertanding di kawasan ini kerana soal penduduk pun beliau tidak arif. Tidakkah beliau tahu masyarakat Siam di Pendang adalah yang tertinggi di negara ini dan sudah berkurun-kurun mereka menetap di situ?

“Beliau yang baharu datang terkejut apabila lihat ramai masyarakat Siam keluar mengundi dan tuduh mereka pengundi hantu. Ini cuma mendatangkan kemarahan masyarakat,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana