Pengundi luar punca kekalahan BN di Kelantan


KOTA BHARU 6 Mei - Pengundi luar yang menolak agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat Kelantan hendak dibawa Barisan Nasional (BN) ke negeri ini, merupakan antara punca kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam.

Selain itu, kekalahan tersebut dikatakan turut berpunca daripada pelbagai dakyah Pas kononnya UMNO menolak Islam sehingga solat ahli parti tidak mendapat pahala dan tuduhan maksiat kemballi berleluasa sekiranya BN kembali membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi BN negeri, Datuk Mustapa Mohamed yang ternyata kecewa dengan perkembangan tersebut bagaimanapun menyatakan BN menghormati dan menerima keputusan rakyat Kelantan itu.

Beliau berkata, BN negeri akan merangka pelan strategi untuk tempoh lima tahun akan datang, selain berusaha mengembalikan keyakinan ahli dan penyokong terhadap perjuangan parti yang masih relevan.

"Perjuangan kita adalah perjuangan suci untuk agama dan bangsa, ia harus diteruskan. Gelombang merah masih relevan dan kerja-kerja akan diteruskan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di bangunan UMNO di sini hari ini.

Yang turut hadir, beberapa calon BN yang menang antaranya, Tan Sri Annuar Musa yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Ketereh; Datuk Md. Alwi Che Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Parlimen Tanah Merah).

Pada PRU-13 semalam, BN Kelantan hanya memenangi 12 kerusi DUN dan lima Parlimen, berbanding sasaran awal sebanyak sekurang-kuranganya 24 DUN dan lapan Parlimen.

Terdapat seramai 918,573 pengundi berdaftar di negeri ini dengan kira-kira 15 peratus daripadanya merupakan pengundi luar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana