Pengundi Cina Silap Percaturan Sokong Pakatan Rakyat....Inilah Ditipu Oleh PR


PADANG RENGAS: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

"Bagi kaum Cina mereka tertipu...mereka hanya kejar pelangi sahaja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.

"Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini Sabtu.

Beliau tidak percaya anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian.

"Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa menteri besar mesti Melayu.

"Saya nak tanya 15 Adun PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda pelembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?" katanya.

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

"1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak bumiputera dan perdana menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada pelembagaan," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana