Pemuda BN Mahu Kaji Trend Pengundian PRU-13 - Khairy


KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan strategi bagi menyatukan kembali rakyat dan meningkatkan keyakinan mereka kepada BN."Melalui post mortem ini, kita berharap dapat merangka langkah-langkah yang perlu bagi mengembalikan undi kepada BN pada masa hadapan," katanya.
Khairy berkata Pemuda BN memperoleh keputusan yang baik pada pilihan raya semalam apabila memenangi sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Daripada 42 calon Pemuda BN yang menang, 26 merupakan wakil Pemuda Umno yang menang di 21 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen," katanya.Khairy, yang mengekalkan kerusi Parlimen Rembau, berkata walaupun ada calon Pemuda BN yang tewas, namun sebagai muka baharu, mereka sudah berjaya mendapat pengalaman, latihan dan pendedahan melalui PRU kali ini.
"Jadi, pada PRU akan datang mereka merupakan muka-muka yang sudah dikenali masyarakat tempatan," katanya.

Khairy juga meminta calon Pemuda BN yang menang kali ini supaya memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji 'tsunami undian' dalam kalangan calon-calon BN.
"Puteri Umno ingin mengkaji faktor yang menyebabkan tsunami undian berlaku. Saya sedih melihat tsunami ini kerana ia menunjukkan isu dan sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang berjaya meracuni sebahagian rakyat," katanya.

Rosnah yang mengekalkan kerusi Parlimen Papar berkata sembilan wakil Puteri Umno bertanding di dua kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN pada PRU-13."Daripada sembilan calon itu, hanya seorang calon Puteri Umno kalah di kerusi DUN Sikamat di Negeri Sembilan. Antara faktor kekalahan itu termasuklah undi masyarakat Cina yang tidak berpihak kepada BN," katanya.

Rosnah berkata secara umum, calon-calon Puteri Umno mencatatkan prestasi yang baik dan berjaya mendapat sokongan pengundi di kawasan masing-masing. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana