Pembangkang hanya dapat undi popular di lima negeri - Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR 13 Mei - Pakatan Rakyat hanya mendapat kelebihan undi popular di lima negeri iaitu di Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, persepsi yang disebarkan pembangkang kini bahawa melalui undi popular mereka telah menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Undi popular mereka cuma 49.9 peratus, undi popular Barisan Nasional (BN) 47 peratus, 3 peratus lagi itu undi rosak dan undi calon bebas.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa BN mendapat undi popular di 9 buah negeri melebihi pembangkang yang mendapat undi popular di lima buah negeri sahaja," tegas Ahmad Maslan.

Katanya, daripada lima negeri pembangkang dapat undi popular, jumlah tertinggi datangnya daripada Selangor iaitu satu juta berbanding BN sebanyak 600,000 undi popular.

"Kalau kita lihat perbezaan undi popular ini hanya 400,000 iaitu di Selangor sahaja. Jadi jangan kata seluruh negara menolak BN. Mengikut undi popular kita menang di sembilan negeri dan mereka hanya dapat undi popular di lima negeri," kata Ahmad Maslan.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan berkaitan isu Pasca-PRU-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra yang turut dihadiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof.

Justeru beliau berkata, dengan hanya kelebihan 3 peratus undi popular pembangkang tidak seharusnya mengatakan mereka layak menjadi kerajaan.

"Itu adalah amat tidak benar kerana kita mengamalkan sistem "first past the post". Pihak yang mencapai keputusan maka dialah yang mendapat jawatan itu," jelas Ahmad Maslan.

Comments

Unknown said…
kenapa pembangkang perasan ye??? kalau ada carta mingguan , dah tentu BN akan duduk di carta paling atas... tiap2 minggu... mcm carta lagu tu.. he3

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana