Peluang lantik profesional anggotai kabinet


Apabila pengundi Cina menolak calon-calon MCA dan Gerakan, sebaliknya memberikan hampir 80 peratus sokongan kepada DAP, jalan keluar paling mudah bagi Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno ialah untuk “mengajar” mereka.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sendiri menetapkan pendirian partinya untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika prestasi mereka  lebih buruk dalam PRU13 berakhir semalam berbanding pada 2008.

Pengundi Cina pula meletakkan masa depan mereka di tangan 38 Ahli Parlimen DAP yang bersekutu dengan PKR dan PAS di dalam Pakatan Rakyat.


Ada suara sumbang gesa sisihkan pengundi Cina 

Jika itu kemahuan mereka, tentunya akan ada suara-suara sumbang dari Umno dan badan-badan aktivis bukan kerajaan mendesak Umno-BN supaya meminggirkan kaum berkenaan.

Selain itu, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga perlu mengkaji secara mendalam, mengapa masyarakat Cina menolak BN, khususnya MCA dan Gerakan di semenanjung dan SUPP di Sarawak.

Adakah parti-parti Cina itu gagal menjaga kebajikan dan kepentingan Cina dan  mengabaikan tugas dan tanggungjawab mereka, sebaliknya sibuk berpolitik dan mementingkan diri masing-masing?

Ataupun adakah terdapat dasar-dasar BN sendiri yang menyebabkan kaum Cina memusuhi kerajaan, khususnya Umno.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, MCA cuma mampu mempertahankan tujuh daripada 15 kerusi parlimen yang dimiliki parti itu. Antara pemimpin MCA yang tumbang termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Chor Chee Heung. Gerakan pula hanya menang di Simpang Renggam menerusi Liang Teck Meng.

Jika tidak kerana Umno adalah tunjang BN dengan memenangi 88 kerusi daripada 133 yang berjaya dimiliki parti itu, Putrajaya pasti tumbang ke tangan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana