Pas patut kemuka calon MB Selangor - Hasan Ali


MELAKA 10 Mei - Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas Selangor perlu mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor kerana peluang ini hanya datang sekali sahaja.

Beliau berkata, calon Pas di negeri itu terdiri daripada golongan profesional yang layak mentadbir dan memajukan negeri Selangor ke tahap yang lebih baik.

"Penduduk Selangor yang didominasi oleh kaum Melayu mahukan pemimpin yang mampu membangunkan negeri dengan syariat Islam seperti di Kelantan dan Kedah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bacaan Yassin di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron di Seri Negeri di sini hari ini.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas suasana politik di Selangor melibatkan Pas, PKR dan DAP dalam menentukan Menteri Besar.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dikekalkan jawatannya walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding PAS dan DAP masing-masing dengan 15 kerusi. - BERNAMA


Comments

Unknown said…
Kpd Hasan Ali ni nasihat saya..x perlulah nk meroyan n menyibuk utk PR melantik MB selangor..biarkn mereka buat keputusan sendiri..mereka semua lebih bijak n memijak rakyat



Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana