PAS keluar Pakatan: "Keputusan hak Majlis Syura"


SHAH ALAM: Sebarang cadangan untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat perlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama terlebih dahulu, tegas Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib yang menyarankan semua ahli akar umbi PAS untuk bersabar sehingga misi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selesai jika mahu mencadangkan parti itu keluar dari pakatan pembangkang.

Nik Zawawi menegaskan majlis berkenaan merupakan institusi tertinggi yang boleh membuat keputusan samada parti Islam itu layak untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

Sehubungan itu beliau menyarankan semua ahli PAS tidak memperbesarkan isu berkenaan sehingga selesai pilihan raya umum.

"Pakatan Rakyat ini mesti dirujuk dalam Majlis Syura Ulama dalam konteks PAS.

"Semua ini kena tunggu sekarang ini tidak perlu semua pihak bercakap pasal ini kerana perkara ini hanya disuarakan oleh Majlis Syura Ulama," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Sabtu lalu, Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez dalam satu kenyataan menerusi laman blognya menggesa pengundi menolak PAS kerana parti itu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Norman sselain itu turut mencadangkan agar pengundi bukan Islam untuk memikirkan sebaik mungkin sebelum menyerahkan masa depan kepada PAS.

Mengulas lanjut Nik Zawawi menyifatkan kenyataan Norman itu bukan pendirian pemimpin tertinggi DAP.

"Dia seorang yang tidak ada kuasa hanya Timbalan Pengerusi di peringkat negeri.

"Kenyataan yang dia keluarkan itu adalah kenyataan orang biasa yang mungkin ada masalah-masalah tersendiri jadi kita tidak ambil ini satu yang besar," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana