Nong Chik pertimbang saman Nurul Izzah


SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah Anwar.

Menurut Nong Chik ini berikutan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau oleh Naib Presiden PKR itu sepanjang kempen pilihan raya umum minggu lalu.

Beliau menyifatkan pembangkang berkempen secara tidak bersih dengan melemparkan fitnah walaupun bukti dan fakta dikemukakan untuk menangkis tohmahan itu. Ini katanya akan memperlihatkan masa depan politik Malaysia yang gelap.

Nong Chik berkata langkah tersebut bertujuan bagi membersihkan imej dan maruah keluarga yang terjejas disebabkan isu yang dimainkan pihak pembangkang.

“Malah, sehari sebelum hari pengundian juga dia (Nurul Izzah) membawa isu mengaitkan saya dengan tanah Bukit Kiara yang langsung tiada asas,” katanya pada pertemuan bersama media, di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai, Bangsar, di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum minggu lalu, Nong Chik sebagai calon BN kerusi Lembah Pantai tewas kepada Nurul Izzah dengam majoriti 1,847 undi.

Nong Chik dalam pada itu akur dengan keputusan rakyat justeru katanya, tidak timbul isu ‘tawar hati’.

Beliau dalam masa sama tidak mengharapkan sebarang jawatan senator namun terpulang kepada perancangan Perdana Menteri.

“Pada saya, semuanya terpulang kepada perdana menteri, namun untuk menjadi menteri saya rasa tidak sesuai, saya akan bincang dengan perdana menteri sekiranya ditawarkan, tetapi sebenarnya saya berat (hati) kerana lebih sesuai dipilih dalam kalangan wakil rakyat.

“Melainkan jawatan itu tidak ada kena mengena dengan kapasiti sebagai ahli parlimen dan boleh membantu BN, saya akan pertimbangkan,” katanya.

Mengulas berhubung kegagalannya menawan kerusi parlimen itu, Raja Nong Chik menyifatkan ia bukan penamat kerjaya politik beliau kerana beliau akan meneruskan khidmat dan perjuangan di Lembah Pantai meskipun tidak memegang sebarang jawatan menteri.

Beliau merasakan, faktor utama kekalahan beliau adalah apabila isu karakter lebih dipandang serius sesetengah pihak berbanding kerja dilaksanakan di kawasan itu.

Comments

anakmatcerut said…
As-Salam.

1. Harap Admin blog dapat siarkan mengenai kegagalan US untuk meletakkan Malaysia sebagai negara proxy mereka ketika PRU-13.

2. link http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439

TQ. Wassalam.

AMC-Shah Alam

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana