Nazri kata sudah tidak ada lagi rahsia antaranya dengan Anwar...Dedahkan Rahsia...Sebarkan


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan sikap sebenar DS Anwar Ibrahim sambil mendakwa tidak ada pemimpin Melayu seperti tokoh pembangkang itu yang sanggup perjudikan bangsa semata-mata kerana undi dan bagi memperolehi jawatan Perdana Menteri.
Katanya banyak perkara yang dipersetujui seperti termaktub dalam perlembagaan malah tidak lagi dipertikaikan orang-orang bukan Melayu tetapi kerana mahukan undi mereka Anwar sanggup mengungkit semula hal-hal itu.

Ini katanya termasuklah hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputra yang termaktub didalam perlembagaan negara yang kini sudahpun diterima pakai dan dipersetujui oleh rakyat Malaysia.

Nazri tidak hairan Anwar menjadikan isu-isu yang disebutkan isu sebagai modal baru politik kerana ianya dibuat semata-mata bagi mengejar undi disamping matlamat menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu pertemuan esklusif dengan wakil Agenda Daily ketika berkempen di kawasan parlimen Padang Rengas, Ketua UMNO bahagian itu keciwa kerana Anwar mempermodalkan isu seperti isu pengunaan kalimah Allah dalam bible versi bahasa Melayu dan sebagainya.

Beliau menggelar Anwar sebagai pemimpin melayu haprak kerana selama ini tidak pernah ada pemimpin-pemimpin Melayu yang mengungkit hak-hak istimewa melayu dan bumiputra serta membangkitkan isu seperti isu pengunaan kalimah Allah.

Katanya “Anwar Ibrahim ni sebenarnya bukan saja berdepan isu moral tapi juga isu agama seperti dalam kes isu pengunaan kalimah Allah dalam bible versi bahasa Malaysia. Kepada istilah God dalam Injil, dalam bahasa kebangsaan , kita ada perkataan Melayu iaitu Tuhan.

“Kita mempertahankan bahawa tidak boleh menggunakan perkataan Allah sebagai rujukan bagi God dalam sebarang agama melainkan agama Islam. Dan ini sudahpun ada dalam undang-undang enakmen lslam di setiap negeri di semenanjung melainkan Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (at the moment).

“Undang-undang dah ada jadi apabila Anwar mengatakan bahawa orang bukan lslam terutama Kristian yang hendak menggunakan perkataan Allah itu boleh, jadi ada dua perkara boleh ditafsirkan.

“Pertama sama ada Anwar tak faham undang-undang atau keduanya yang lebih membimbangkan jika dia menjadi Perdana Menteri dia akan pinda undang-undang ini untuk membolehkan orang lain menggunakan perkataan Allah . Ini bahaya kepada saya (malah) lebih bahaya lagi daripada soal moral dia. Kepada saya ini perkara yang paling bahaya sekali”.

Nazri menjelaskan keduanya dari aspek bangsa, “saya nampak perkara-perkara seperti hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu/Bumiputra ni yang sudahpun tidak menjadi isu kepada rakyat Malaysia.

“Kita semua memahami bahawa kita punyai perlembagaan dan dalam perlembagaan sudahpun termaktub seperti hak istimewa orang bumiputra. Apabila Anwar cuba menarik perhatian orang bukan bumiputra dengan memberikan gambaran dan jaminan bahawa semua rakyat mempunyai hak maka kebimbangan yang ada hak bersama, kebimbangan kita ialah kalau dia menjadi Perdana Menteri maka dia akan pinda perkara ini”

“Sebab itu saya rasa ia amat membimbangkan iaitu dari segi isu agama dan keduanya isu bangsa.Nampaknya Anwar kini menjadi pemimpin Melayu yang haprak sekali . . .saya rasa mana-mana pemimpin Melayu tidak sanggup menjual bangsa dan agamanya semata-mata hendak mendapat undi tapi Anwar ni pemimpin yang paling haprak sekali dikalangan pemimpin Melayu dan sanggup melepaskan apa saja hak kepentingan yang ada semata-mata nak menjadi Perdana Menteri.

“Dan apa yang membimbangkan saya lagi ialah melihat tindak tanduk anak dia sendiri yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu diberi hak dan kebebasan untuk memilih agama. Ini amat membimbangkan sikap liberalisme , sikap pluralisme yang diamalkan hasil daripada pengaruh bapanya.

“Ini semua bahaya kepada kita. Kita kena pastikan (bahawa) kita kena kalahkan mereka untuk memastikan agama lslam dan bangsa Melayu dan kepentingannya akan dapat dipertahankan. Yang saya sebutkan tadi, orang bukan Melayu sudahpun menerima (perlembagaan) dah tapi Anwar mengapi-api dan hidup balik (isu) perkauman. Perkauman dia bukan dia nak bela orang Melayu tapi menghasut orang bukan Melayu untuk pertikaikan hak Melayu.

“Ini bahaya……sebab itu saya kata dia pemimpin yang paling haprak dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu. Yang paling tak guna sekali, seperti isu moral dia, tidak ada pemimpin dalam sejarah kita, pemimpin Melayu, dimana segala keburukan ada pada dia sepertimana ada pada Anwar,” katanya.

Menjawab soalan mengenai kajian sebuah universiti bahawa Anwar berpeluang menjadi PM selepas PRU ke13, Nazri berkata bahawa dia sama sekali tidak setuju kaedah ini digunapakai untuk menentukan popularity pemimpin dan sebagainya.

“Saya ingat begini. . . . yang terbaik sekali menjadi ukuran ialah pilihanraya ke13. Saya tidak percaya kepada kajian-kajian seperti ini kerana rakyat Malaysia ni ada dua—sama ada dia kurang ajar ataupun bersopan.     Kalau dia bersopan dia akan tengok, kalau orang yang bertanyakan soalan tu adalah orang yang mungkin dia anggap sebagai menyokong pembangkang dia akan cakap secara baik, berlapik. Macam (Tun) Musa Hitamlah . . .dia bercakap di Karangkraf baru- baru ni dia tahu ia tempat pembangkang dia bercakap pun berlapik.

“Nombor dua, orang Malaysia ni ada juga yang kurang ajar . . . kalau dia tengok yang datang bertanya soalan tu menyokong kerajaan maka (dia) akan maki hamun . . . oleh itu mereka tidak akan mendapat kajian yang sebenarnya. Saya tidak fikir kalau seseorang itu ditanya mengenai Datuk Seri Najib dan (DS) Anwar dia tidak akan dapat memberikan gambaran dengan betul kerana dia akan cuba . . . .ambil hati atau sebagainya, dia tak mahu direct. Itu cara orang kita. Macam mana sekalipun bagi saya,yang penting bukan kajian, yang penting ialah keputusan pilihanraya.

“Macam saya ni, ramai orang kata Nazri ni mulut celupar la . . .rakyat tak suka tapi tengoklah keputusan (pilihanraya) . . . tak boleh pakai (kajian) sebab kajian seperti ini tidak boleh dikatakan “saintifik” kerana apa yang sebenarnya mereka cakap itu bukan suatu yang benar. Kepada saya lebih baik kita tunggu keputusan pilihanraya dan ketepikanlah kajian termasuklah kajian yang dibuat oleh pihak pro kerajaan dan sebagainya.

“Saya rasa tidak ada kajian yang dibuat boleh dikatakan berkecuali (neutral) . . .semuanya samada pro pembangkang atau pro kerajaan. Yang penting ialah rakyat, rakyat berkecuali (neutral)”katanya.

Dalam wawancara itu, Nazri ditanya tentang rahsia yang ada dalam “tangannya” kerana mengenali serta pernah berada bersama-sama didalam satu saf kepimpinan waktu Anwar mengetuai Pemuda UMNO.

Katanya ringkas:“Tak ada benda yang nak saya zahirkan (tertawa) . . . . Semua benda yang saya tahu tentang dia sudahpun terkeluar . . .semua dah keluar dah, dah tak ada benda yang dikatakan rahsia lagi dah.

“Saya dengan Anwar dah tak ada rahsia lagi dah . . .semuanya sudah dizahirkan. Dari segi seksual aktiviti dia,dari segi sikapnya yang liberalisme dan pluralisme, sikap dia terhadap bangsa sendiri . . .semuanya dah terkeluar. Saya rasa dah tak ada perkara yang dianggap sebagai rahsia.”

Mengenai perbezaan Anwar yang diikenali dulu dengan Anwar hari ini, Nazri berkata ,“banyak perbezaan . . . .banyak sekali. Saya nak bagi satu contoh dulu dia tak suka pada (Datuk) Tajuddin Rahman ,dia beritahu pada saya Nazri hang tahu tak dia ni tak boleh percaya. . . .aku (Anwar) dulu presiden kelab bahasa Melayu, pro Melayunya dan dia (Tajuddin)   jadi Setiausaha Agong MUSU, yang bercampur dengan Cina dan sebagainya.

“Dia memberi gambaran pada saya bahawa dia (Anwar) adalah nasionalis Melayu manakala Tajuddin tu adalah orang yang suka kepada “kemalaysiaan”….tak memperjuangkan melayu termasuklah student union universiti Malaya ni ada lah kumpulan yang pro “kemalaysiaan”.

“Hari ini tengok perangainya macam mana dulu dia melambangkan pada kita bahawa kita mesti sokong persatuan-persatuan yang memperjuangkan Melayu sahaja tapi hari ini dia macam mana……dia sanggup jual bangsanya.

Ditanya mengenai masalah moral dan penuh liability politik yang terpalit pada Anwar, PAS masih mahukan beliau mengetuai pasukan pembangkang, Nazri berkata “Jawapannya mudah:politik”.

“ Political convenience . . . . sebab PAS ni bukannya perjuangkan lslam, kita semua tahu…..dia (Pas) berpolitik saja. Seterunya daripada dulu adalah UMNO. Dia cuma nak menggantikan UMNO saja sebagai parti yang mewakili orang Melayu. Tapi pada masa sama kalau boleh dia mahu membunuh UMNO, dia sanggup berkawan dengan syaitan , tiada masalah. Itu saja . . .”

“Saya cukup was-was dengan PAS ni kerana masa UMNO melawan dengan penjajah Inggeris dulu (sebelum merdeka), UMNO sebagai parti politik cukup kuat tetapi pada tahun 1950an, penjajah Inggeris melalui dasar ‘divide and rulenya’, membenarkan parti ini (PAS) menggunakan perkataan lslam dalam parti mereka . . . . jadi mereka ni bersubahat dengan orang Inggeris bagi memecahbelahkan orang-orang Melayu.

“Sebab itu dia (PAS) boleh menggunakan perkataan lslam. . . . sepatutnya nama-nama agama tak boleh ada pada parti tapi ini dibentuk sebelum kita merdeka. Inggeris nampak cara untuk memecahbelahkan orang-orang Melayu ialah dengan mengunakan agama. Sebab itulah waktu kita nak mencapai kemerdekaan, Pas memihak pada penjajah. Sebabnya ialah dia sanggup tubuh satu parti politik lagi (dengan) guna perkataan Islam untuk melemahkan orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

“You mesti ingat PAS tidak ditubuhkan selepas merdeka, ia sebelum merdeka iaitu di zaman kerajaan penjajah masih berkuasa. Dan saya yakin pemimpin PAS sedar apa yang mereka buat tu adalah salah tapi . . .mereka bersubahat dengan kerajaan penjajah, guna perkataan lslam.

“You tahulah orang-orang Melayu dengan ugama lslam. . . . itulah yang sebenarnya saya kata Pas ni kehadiran mereka sebagai sebuah parti ialah memecahbelahkan orang-orang Melayu. . . .itulah yang depa dok buat sampai sekarang ni.

“Tak hairan saya walaupun Anwar ni dengan masalah yang banyak mereka tetap menyokong dia kerana tujuan Pas adalah semata-mata menghancur dan membunuh UMNO. Berkawan dengan Dappun boleh asalkan (boleh) melemahkan UMNO. . . .”

“PAS bukanlah pejuang lslam, ia hanyalah parti politik . . .tujuannya ialah untuk melemahkan UMNO. Itu saja . . .dan Pas tak ubah (mengamalkan politik) Machiavellian . . . . the end justifies the mean (matlamat menghalalkan cara) .Walau apacarapun berkawan dengan Dappun tak apa asalkan tujuan akhirnya hancurkan UMNO . . . . parti yang telah memerdekakan negara kita pada masa ini.”

Dalam wawancara itu Nazri mengulas langkah Dr.Sidek Baba membuat pendedahan tentang perangai Anwar serta aspek moralnya yang didakwanya Anwar tak layak jadi Perdana Menteri, jika ia jadi, Anwar dianggap merbahaya pada negara.

Nazri berkata “saya kenal Dr.Sidek Baba ni lebih dari 20 tahun dah. . . saya percaya apa yang dia kata . . . .. saya melihat dia (Sidek) ni dari paras mukanya dia seorang pemikir,dia banyak berfikir dan dia lambat membuat keputusan,dia mahu kaji dulu.”

“Kita kena ingat dia berkawan dengan Anwar sekian lama . . . . takkan dengan satu dua isu dia terus membuat pendirian.Dia kena buat kajian kerana dia adalah kawan Anwar.

Untuk dia sampai ke sesuatu keputusan saya percaya dia bukan saja sudah membuat kajian mendalam, saya percaya dia membuat sembahyang istikarah. . . . . akhirnya dia putus dengan Anwar…..dia dapati Anwar ni bukanlah memperjuangkan agama tapi menggunakan agama untuk melemahkan bangsa sendiri. Saya percaya itulah keputusan yang dibuat Dr.Sidek …..kita mengormati keputusan dia walaupun memakan masa yang agak lama .. .it’s better late than never. Dan hari ini dia betul-betul yakin bahawa Anwar ini bukan seorang yang memperjuangkan lslam”.

Ditanya sama ada kenyataannya keras mengenai Anwar kerana “masalah personal”, Nazri berkata, ”Ia adalah tak benar . . .saya satu orang yang tidak ada personal dengan sesiapa. You tahu kalau dalam parlimenpun kalau you tengok dengan pembangkangpun walaupun mereka bantai saya namun saya tetap berkawandengan mereka”

“ Ive nothing personal . . . . tapi saya tengok daripada sekeliling . . . .kalau kita terpaksa mengatakan perkara yang benar kerana kalau kita tak sebutkan (tentang kebenaran) dia akan membahayakan kita”

“Saya bukan bersaing dengan dia (Anwar) pun . . .saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya cuma Ketua UMNO bahagian saja . Saya cuma keciwa seperti mana Dr.Sidek Baba juga keciwa . . . sebab saya pernah melihat dia sebagai seorang yang mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin negara kita dan hari ini apabila dia melakukan semua perkara ini, kita turut keciwa. Saya tidak pernah sangka Anwar akan melakukan perkara seperti apa yang dilakukan seperti hari ini tapi dia sudah pilih jalan itu . . . .saya tidak akan bersama-sama dengan dia.Bila berdepan kita akan berlawan”.

Kepada soalan beberapa surat peribadi dalam simpanan Tun Mahathir dan Tun Daim mengenai “cerita sebenar Anwar”, Nazri berkata “cukup bagi Tun Mahathir atau Tun Daim mengatakan . . . . saya tidak fikir mereka tipu tapi mereka ini orang yang menjaga kerahsiaan dan tak mahu menzahirkan isi surat-surat itu . . . .saya menghormati mereka”.

Katanya beliau percaya apa yang Tun Daim kata adalah benar bahawa “sememangnya ada surat itu. Sama ada Anwar sendiri nak mengaku atau tidak mengaku itu dia punya pasallah . . . tapi saya percaya surat itu ada”.

Mengenai ketaksuban budak-budak muda pada Anwar Nazri berkata “Ini budak-budak (taksub) . . .kalau you tengok budak-budak ni yang tidak mengenali perjuangan hanya mengambil kesempatan pada apa yang kerajaan sediakan pada mereka dan mereka yakin apa yang mereka jadi pada hari ini berasaskan merit . . .orang seperti inilah yang tidak mengenali perjuangan bangsanya sebelum merdeka dan sesudah merdeka seperti mengisi kemerdekaan”.

“Orang seperti ini (budak- budak) yang tidak memahami perjuangan . .. .yang mudah terpengaruh dengan Anwar, itu bagi mereka yang bukan dalam PAS atau Dap . . . . Orang-orang dalam PKR ni tak ada tempat dalam UMNO . . .mereka teringin nak jadi wakil rakyat dan dalam UMNO dulu mereka tak laku jadi bila bergantung pada Anwar dapat jadi YB ,jadi mereka tak mahu lepas peluang ini. Suka tak suka mereka tetap memberikan sokongan pada Anwar untuk kepentingan diri. Yang taksub pada Anwar, satu golongan yang pentingkan diri, dan yang kedua pula, golongan yang tidak mengenali perjuangan UMNO.”

“Yang dalam PAS dan DAP pula itu adalah political convenience .. . kedua-dua parti itu tidak suka kepada UMNO. Nampak pemimpin haprak macam Anwar mereka boleh bergantung . . . .maka mereka akan terus menyokongnya,” katanya.

Mengenai peluang Dr.Mazlan,calon BN di Permatang Pauh, Nazri berkata,“Saya ingat Dr.Mazlan akan memberikan persaingan yang kuat. Dari dulu kerusi Permatang Pauh adalah kerusi pembangkang, masa Zabidi lagi . . . .secara tradisinya kerusi ini adalah kerusi Pembangkang, dia (Anwar) bertanding tiket pembangkang   maka dia boleh menang. Tapi bila menang dia tak servis (tak berkhidmat), dia bukan PM atau TPM.

“Sebahagian besar masa dia pergi ke luar negara .Dari segi moralpun kurang dan Dr Mazlan pula anak tempatan . . .,moral tinggi dan dia punya pendidikan lebih tinggi dari Anwar, Dr.Mazlan ada Phd manakala Anwar pula hanya ijazah (general degree ) dalam pengajian Melayu..Dr.Mazlan bukannya nak menonjol pada orang ramai dia intelek tapi dia memang intelek.

“Dengan factor tadi Dr.Mazlan boleh bagi good fight. . . .bukan senang la . . . . kerana kerusi Permatang Pauh ni secara tradisinya kerusi pembangkang.

Kepada soalan Anwar takut berdepan dengan Nazri, ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata begini:

”Dia takut dengan saya. Sebab?(soalan Agenda Daily) Tanya dialah. …mungkin dulu masa dia Ketua Pemuda saya diantara orang muda yang telah menyokongnya dan dia bercakap mengenai prinsip tapi akhirnya pada hari ini dia melanggar prinsip yang dia pegang dan canangkan dulu . . .mungkin dia merasa malu dengan saya kerana cakap tidak serupa bikin.

“Dan saya tahu dia cukup takut dengan saya kerana saya menguasai parlimen ,dia tidak berkeupayaan untuk berbahas dengan saya kerana akan nampak kelemahannya dan cara dia nak kembalikan balik imejnya (sebagai) seorang pemimpin yang fasih berucap dan melihat dia sebagai debator didalam parlimen.. . .sebab itu dia bersungguh-sungguh mahu mengalahkan saya didalam pilihanraya ini. Dia dah mari sekali, Azmin (Ali) pun dah mari . . .

“Dia cuba macam-macam . . . , kes anak saya,macam-macam kes tapi dia tak berjaya . . . penamaan calon hari Sabtu tapi hari Ahad dia datang. Saya rasa dia meletakan calon agak kuat juga . . .Ketua Pemuda AMK. Saya ingat dia nak lawan saya dulu di Padang Rengas . . . . lagi bagus lawan saya dulu,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana