Najib Menghadap Agong Esok Untuk Dapat Perkenan Barisan Kabinet


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari Rabu bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu.

Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei, menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Isnin lepas, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui oleh 28 menteri.

Najib turut menerajui Kementerian Kewangan serta memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana