Najib Janji Jadi PM Bagi Seluruh Rakyat Malaysia...Buatlah yang Terbaik


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat berjanji akan menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik.

"Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini.

"Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, Insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita," kata Najib dalam entri terbaharu beliau di Blog 1Malaysia.

Dalam entri bertajuk 'Terima Kasih Malaysia' itu, Perdana Menteri juga berjanji kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara.

"Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana