Mukhriz Dilantik Menteri Besar Jika BN Menang Di Kedah - Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Ahad.

Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara.

"Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu malam.

Mukhriz, yang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Pengerusi BN Kedah, akan mencabar penyandang kerusi DUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad daripada PAS, pada PRU13.-BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana