MB serah portfolio agama kepada ADUN PAS

SHAH ALAM: Senarai exco kerajaan negeri Selangor yang dilantik bagi penggal 2013-2018 menyaksikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Bagaiamanpun urusan hal ehwal Islam yang juga dipegang Khalid pada penggal lalu diserahkan kepada ADUN Sabak Sallehin Mukhyi dari PAS. Selain hal ehwal Islam, Sallehin juga memegang portfolio Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Berikut senarai penuh barisan exco itu:

Hannah Yeoh - DAP, ADUN  Subang Jaya - Speaker Dewan Negeri Selangor.

Nik Nazmi Nik Ahmad - PKR, ADUN Seri Setia - Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong - PKR, ADUN Bukit Lanjan - Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar.

Dr Daroyah Alwi - PKR, ADUN Sementa - Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi.

Dr Rodziah Ismail - PKR, ADUN  Batu Tiga - Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Datuk Teng Chang Khim - DAP, ADUN  Sungai Pinang - Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan.

Ganapathi Rao Veraman, - DAP, ADUN Kota Alam Shah - Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin.

Ean Yong Hian Wah - DAP, ADUN  Sri Kembangan - Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram.

Sallehin Mukhyi - PAS, ADUN  Sabak - Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa.

Dr Halimah Ali - PAS, ADUN Selat Klang - Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan.

Dr Ahmad Yunus Hairi - PAS, ADUN Sijangkang - Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.

Iskandar Abdul Samad - PAS, ADUN Cempaka - Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar.

Tan Sri Khalid Abdul Samad - PKR, ADUN Pelabuhan Kelang - Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana