MAKIN TERDUDUK KARPAL KENA TENYEH!!!

Semakin kuat Si Karpal Whilchar tu memberi amaran, semakin lantang pulak Tunku Aziz mendedahkan rahsia - rahsia puak - puak DAPigs ni.Memang nampak sangat yang Si Karpal tu sebenarnya ada benda yang cuba untuk disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Sebab itu dia buat ancaman.

Hakikatnya, rakyat sedar bahawa DAPigs memang mempunyai agenda tersendiri dan cuba untuk disembunyikannya dari pengetahuan umum.SH ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tunku kerana berani tampil mendedahkan rahsia - rahsia puak - puak DAPigs ni. Teruskan Tunku. Semoga Kebenaran ditegakkan dan yang batil terus ditentang habis - habisan!!!

BANDAR SRI DAMANSARA: Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menganggap amaran Karpal Singh terhadapnya tidak lebih dari sekadar mahu menakut-nakutkannya.

Tunku Aziz juga mempersoalkan atas dasar apakah Pengerusi DAP itu mahu menyamannya, seperti yang diuar-uarkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebelum ini.

Karpal katanya sengaja mahu mengalihkan perhatian ahli DAP dan rakyat di negara ini terhadap masalah dalaman parti itu yang berlarutan sejak pemilihan jawatankuasa tertinggi (CEC) parti, 15 Disember tahun lalu.Masalah itu semakin membarah apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberitahu badan itu tidak mengiktiraf keputusan pemilihan CEC parti itu dan menuntut penjelasan dari DAP bersabit isu itu.

"Tindakan Karpal memberikan amaran untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap saya jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan dan menghalang saya dari terus giat mendedahkan kekurangan DAP."Tapi atas dakwaan apa beliau ingin kemuka pada saya? Hakikatnya beliau kini sedang dalam keadaan terdesak di dalam berhadapan masalah dalaman parti dengan mengalihkan perhatian daripada penyelewengan Pemilihan CEC DAP yang dilihat oleh banyak pihak, di dalam dan di luar parti, sebagai telah dimanipulasikan untuk memuaskan kepimpinan parti.

"Perkara ini sekarang sudah menjadi isu kepada ROS," katanya pada sidang medianya hari ini.Tunku Aziz memberitahu beliau tidak akan mengambil tindakan serupa terhadap Karpal."Berpegang kepada semangat perdamaian 1Malaysia, saya tidak akan mengheret Karpal ke mahkamah kerana saya telah diberitahu hakim kita mempunyai perkara-perkara yang lebih baik untuk dilakukan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana