Makin ramai ahli PKR Kedah keluar parti...Tamparan Buat PKR


GURUN: Kemelut dalam PKR di Kedah bertambah serius apabila semakin ramai pemimpin utamanya melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak keluar parti.

Hari ini seramai 30 lagi anggota PKR terdiri daripada anggota jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Kedah mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap parti dan menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Kumpulan yang diketuai bekas Setiausaha Kerja PKR Kedah Mohd Muhaimin Hassan, 27, menyerahkan borang keahlian Umno kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Pengerusi BN negeri pada satu majlis di sini.

Mohd Muhaimin berkata mereka bertindak keluar parti selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas memiliki peribadi tidak bermoral susulan pendedahan video sumpah laknat yang dibuat Saiful Bukhari Azlan di hadapan Kaabah di Makkah.
"Kami percaya dengan pengakuan bersumpah beliau di Makkah walaupun meragui sumpah yang beliau buat sebelum ini. Makkah tempat yang suci dan tidak ada orang yang boleh melakukan kejahatan, walaupun hanya berniat, sebab itu kami percaya.

"Kami juga menyedari bahawa kesepakatan antara parti komponen pakatan rakyat hanyalah satu pakatan jahat di kalangan mereka yang gilakan kuasa, malah kami turut kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan PAS yang gagal mempraktikkan perjuangan mereka terhadap Islam," katanya.Mohd Muhaimin yang mengakui kesilapannya menyokong PKR sebelum ini menyeru rakan-rakan seperjuangannya dalam parti itu agar tidak terlalu taksub dengan retorik 'keadilan untuk rakyat' yang dilaungkan Anwar sehingga sanggup diperalat untuk kepentingan Anwar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin berkuasa di Malaysia.

"Sekarang kami sudah sedar kesilapan kami dan kami memohon maaf kepada kedua ibu bapa kami kerana sudah tersalah langkah dan menjadi sebahagian daripada perosak negara; kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menghamburkan kata-kata kesat sebelum ini sedangkan tindakan beliau lakukan sebelum ini adalah yang paling tepat untuk memelihara keutuhan negara; serta kepada semua pemimpin-pemimpin Umno atas segala salah laku kami," katanya.

Sementara itu, Mukhriz mengalu-alukan penyertaan bekas anggota PKR itu untuk bersama Umno dan BN, dan berkata ia membuktikan perjuangan pakatan sudah jauh menyimpang.

"Penyokong tegar PKR sendiri secara terang-terangan menolak parti itu sebab jauh menyimpang dari perjuangan asal, perjuangan parti itu tidak memenuhi aspirasi parti sedangkan BN dan Umno berusaha bersungguh-sungguh memenhui kehendak rakyat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana