Luahan perasaan pengguna jalan raya terperangkap di LDP...Di Sebabkan ANWAR yang Tidak Puas Hatinya


Tau tak tadi LDP jam dari Plaza Tol Sunway sampai Damansara Perdana ambil masa 2 jam?. Tak tau kan. Haa. Tido la tu. Senyap je. Padahal budak-budak korang jugak yang macam beruk merempit berdiri atas moto pegang bendera tadi tu. Perjuangan sangat. #*&$@ lah!

 Apahal nak bangga sangat dapat berkumpul ramai-ramai? Aku sekolah dulu setiap hari sebelum masuk kelas kena berkumpul. Bukan boleh ubah apa pun. Aku sama jugak, kena libas baru nak bangun sembahyang Subuh. Nak ubah konon. Ko tau apa yang korang ubah malam ni? Ko ubah LDP jadi jam pukul 12 tengah malam, ko ubah budak-budak penyokong ko (yang entah betul ke nak menyokong atau memang sifat semulajadi budak-budak tengah naik nak memberontak) tu daripada bangang kepada bangsat!.

 Bangang sebab terkinja-kinja pergi nak buat demo, bangsat sebab ramai-ramai menyebabkan jalan jam lepas tu duk hon-hon kat lane sebelah yang tak jam tu. Aku yang tengah jam ni, angin je. Dah la aku lapar, aku kat airport tadi, Lim Kok Wing jamu bihun tak sedap, jadi aku tak makan. Ko tau dia letak sambal ke tak?. Tau tak?. Tak tau kan?. Kata tau sangaattt. Nak ubah konon. Ubah tag line tu dulu. "Ini kalilah". Kejadahnya, Bahasa Melayu pun berterabur. "Kali ini lah" baru betul. %$#^&$!

 Ko ingat berkumpul ramai-ramai tu dapat apa?. Pernah Nabi Muhammad SAW buat demo sampai ramai pedagang sesak dan jam atas unta diorang selama 2 jam?. Sampai lenguh kaki unta tu berdiri kena jalan setapak, setapak. Kalau ada, bagi aku hadis ke apa. Aku nak baca. Aku pun tak tau sangat. Ko duk Kota Bharu boleh laa. Tak jam. Hek eleh. Perjuangan. Buat cara elok la.
Buat cara ilmiah sikit. Cara betul. Cara

ISLAM. Kan Parti Islam. Ko tengok ke budak-budak penyokong ko tadi?. Ada ko tengok yang merempit bawak bendera tak tentu hala, terpekik melolong tepi jalan. Tak tengok kan? Dah tido la tu. Haa. Senyap je ni. Baca tak ni. Haih. Dah la terpekik-pekik macam beruk atas moto macam tu, ada hati nak bertakbir. Sekali aku tampar, kang jadi kes pulak.

 Aku bukan sokong BN ka mana-mana. "Undi adalah rahsia" kan?. Tengok TV tak ni. Kalau tengok, mesti pernah terserempak dengan iklan Kak Ton Comel. Kan? Yang tu aku pun tak suka. Okay, itu cerita lain.

 Cuba la buat perjuangan tu cara lain. Cari orang cerdik pandai sikit untuk menjadi wakil. Pandai berkata-kata dengan penuh ilmu dan fakta. Ini main lepas tangan kat budak-budak rempit, takde la budak sangat tadi aku tengok. Tahap masuk season 5 pun ada. Faham tak ni, Season 5, maksudnya masuk 50-an la umur dia. Takkan tak tau. Kata tau sangaaattt. Anak bini semua bawak, tapi tak nampak pulak diorang bawak tikar ke apa. Larat ke nak berdiri pakcik oih. Jalan jauh pulak tu. Haih. Ko main lepas jee ke budak rempit macam tu, dah tau area Kerinchi tu ramai rempit, kejadahnya ni. Fikir tak sebelum nak anjur demo ni. Haa Nuar?

 Ko attack budak-budak macam tu jadi penyokong, pakcik-pakcik macam tu jadi penyokong. Memang laa senang. Diorang ni dulu malas nak belajar, masa muda-muda. Dah tua pun malas nak belajar. Bukan kena menuntut ilmu sampai ke negeri China ke?. Aku tengok Cina rajin je belajar. Penyokong ko ni malas belajar dulu, bila tua sikit, gaji sikit, tak naik-naik sebab buat keje entah apa yang bukan minat diorang. Buat kerja pun sambil lewa je. Kerja dengan kerajaan pulak tu. Keje kat kaunter pulak, memang macam @&#$%!@ la. Sendiri malas belajar, pastu mula la nak cari salah orang lain. Cari point je tu. Nak cari sebab lain kenapa hidup diorang susah. Makan gaji tak cukup. Bulan-bulan nak kena bayar banyak mende. Memang la ko boleh guna taktik nak turunkan harga barang lah, kereta lah, api air lah. Memang senang la terpancing diorang ni. Ko pun terer eh. Pandai. Pandai! Genius ko Nuar.

 Diorang dari mula-mula kerja dah nak cari point sebab apa gaji diorang tak cukup. Padahal sebab masa form 4 dulu banyak honeymoon. Ye laa, lepas PMR dulu tau nak main je. Dah naik form 5 baru nak tergadah, pastu guna ayat "aku tak boleh dah belajar ni, otak dah lembap". Kejadahnya, belajar sampai ke tua pun boleh. Bila korang bangkitkan isu komitmen bulanan tinggi, pastu tabur janji kononnya boleh kasi kurang, memang syok la diorang, terus la sokong. Padahal kalau diorang ni fikir dari sekolah yang pendidikan ni penting, takde la hidup susah sangat.

 Cuba buat mende tu fikir sikit. Ni nak buat demo ni pun dah macam orang tak fikir. *&$%@ laa!. Aku yang kerja penat-penat, dapat gaji, bayar minyak kereta, last-last habis kat jam sebab korang demo?. Aku pegi konsert Korn aritu pun cepat-cepat blah awal sebab tak nak jam. Tu aku sendiri memang pegi, ni takde masa nya aku nak pegi demo bodoh tu, pun terpaksa menempuh jam. %#$%* nye ni Ajis?

 Ko dah tido ke apa ni?. Ke tunggu budak-budak korang upload Youtube?. Nak tengok perjalanan demo tadi. Aku rasa la kan, kalau ko ada dalam kereta aku tadi, duduk sebelah aku, mesti sama naik angin dengan budak-budak yang merempit dan memekik tadi. Aku punya phone dah la takde bateri, radio pulak putar lagu macam cilaka, radio aku jenis lama tau tak?. Takkan tak tau, kata tau sangaaattt. Jenis pakai kaset, mana aku ada kaset dah sekarang ni, mana nak beli dah kaset. Kaset Aghast/Parkinson dulu tu ada la. Yang warna putih tu. Takkan nak dengar Grincore/Crust. Tadi aku mood lain. Nasib baik radio boleh jalan, kalau naik kereta kancil membe aku, kereta dia takde radio, gear manual pulak tu, lagi la selenge. Lagi la angin. Ko kenal tak membe aku? Tak kenal kan. Haa. Tak kenal sudah.

 Susah la macam ni, cukup-cukup la perjuangan kotor macam tu, buat la cara elok sikit. Yang orang hormat sikit. Ini macam main tibai je. Nampak terdesak sangat. Lagi senang macam ni, korang berdua ni, berhenti je lah. Kosentrat bab-bab agama ni. Mahathir yang korang benci tu pun dah lama bersara. Dia sekurang-kurangnya banyak juga la nampak pembangunan dia buat. Ko g Penang naik apa? Jambatan kan?. Haa. Masa dia la buat tu. Ko ada naik taraf sistem perpaipan dan perparitan kat Kelantan nu?. Asyik banjir je hujung tahun. Dah macam acara tahunan pulak.

 Buat la sikit-sikit dulu. NI bila marah sikit je, cakap kasar-kasar dalam ceramah. Cakap macam-macam, orang Kelantan cakap "gedebe". Jenis ikiut emosi, main lepaass je mulut tu. Haih. Perbetulkan diri dulu. Buat mende baharu, eksport Budu secara besar-besaran ke, buat design satelit betuk wau bulan ke, baru betul. Rare tu kalau budak Kelantan boleh cari Budu kat 7-11 London sana. Baru la untuk 'RAKYAT'. Ye dak? Haha.

 Cuba la memperkenalkan Malaysia kat dunia dengan mende macam tu. Ni asyik terkenal dengan kes jubur lah, liwat lah, Yahudi taja sana sini la. Kejadahnya. Orang Islam ni bersaudara, mana boleh burukkan sama lain. Tawanan perang pun kita kena jaga, inikan pula kawan-kawan yang hanya berlainan pendapat dan cara pemerintahan je. Kes Rasuah tak payah cakap lah, sama je kedua-dua pihak pun. Bila dah terdesak, pejam mata hulur tangan, buang maruah. Ptui!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana