Lihatlah Mainan DAP Ini...PAS Selangor tidak boleh minta lebih kerusi exco


SHAH ALAM: PAS tidak boleh meminta pertambahan jawatan exco kerajaan negeri kerana jumlah kerusi yang dimenangi parti itu sama dengan DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim berkata pembahagian jawatan di dalam exco kerajaan Selangor perlu dibincangkan secara adil dan saksama.

Menurutnya, PAS perlu meneliti kepada keperluan kedua-dua sekutunya dan bukan sekadar melihat kepentingan sendiri.

"Itu perlu perbincangan di antara tiga parti di mana pembahagiannya perlu adil kepada semua pihak.

"Kita semua parti ini perjuangkan keadilan, jadi jika PAS mahu kerusi lebih, perlu tengok pada parti lain juga," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berhasrat agar lebih banyak tempat untuk wakil rakyatnya mengisi barisan exco kerajaan negeri.

Ini berikutan dakwaan Rani bahawa parti itu mempunyai calon-calon yang berwibawa untuk memegang jawatan tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) baru-baru ini, PAS dan DAP memenangi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi sahaja.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum 2008 seramai tiga wakil rakyat PAS dilantik sebagai exco kerajaan negeri walaupun parti itu memenangi jumlah kerusi yang paling sedikit di dalam Pakatan Rakyat Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana