Letak jawatan - Azmin berdolak-dalik..Tanda Kekecewaan Nya..


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini enggan mengesahkan desas-desus beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti, sebaliknya akan memberikan penjelasan penuh esok.

Beliau berkata mesyuarat pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikannya hari ini hanya untuk memaklumkan perkembangan terkini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, hujung minggu lalu.

“Mesyuarat biasa..mesyuarat hal parti..Sudah tentu saya perlu memberitahu perkembangan terkini parti selepas pilihanraya kepada rakan-rakan pimpinan di Selangor.

Azmin berkata telah menjadi lumrah beliau menangani pelbagai khabar angin sebelum ini dan bersedia menjawab polimik terbaru membabitkan beliau esok.

“Saya sudah melalui perkara-perkara begini (khabar angin) selama 15 tahun..saya akan mengumumkan mengenainya (khabar angin peletakan jawatan) esok,” katanya.

Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor akan diisi oleh PKR, dan menolak sebarang anggapan bahawa PAS lebih berhak untuk jawatan itu kerana parti itu memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 yang dimenangi PKR.

Azmin berkata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman dan timbalannya Khalid Samad sendiri bersetuju masalah dalaman PAS telah menafikan kemenangan PKR di Kota Damansara.

“Dan kita melihat kenyataan Dr Rani dan juga Khalid Samad jelas, mereka bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Kota Damansara kerana ada masalah dalaman PAS yang mengganggu PKR di Kota Damansara dan beliau telah nyatakan secara terbuka bahawa PAS mengambil tanggungjawab.

“Malahan kita sepatutnya mendapat 16 kerusi termasuk di Semenyih...undi (Setiausaha Agung PSM) Arul dan juga kepada PKR itu melebihi undi Umno. Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu...dan jangan hukum kita dengan ambil lagi kerusi Menteri Besar,” tegas beliau.

Azmin berkata kekalahan PKR di Kota Damansara berpunca daripada tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan watikah perlantikan kepada calon parti itu meskipun kerusi berkenaan adalah untuk PKR.

“Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden...jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut,” katanya.

Azmin juga menyalahkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kerana meletakkan calon di Semenyih dan menafikan PKR satu lagi kerusi DUN.

“Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon.

Desas-desus Azmin dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin meletakkan semua jawatan mereka dalam parti bertiup kencang selepas Azmin dilihat membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi beberapa pesanan Twitter, semalam.

Antara lain beliau menggesa Anwar untuk mementingkan rakyat dan bukan kerabat serta menghormati keputusan yang di buat oleh pengundi, yang menurut Azmin, mahu asakan politik melampau diberhentikan.

Adalah difahamkan PKR Selangor mencalonkan Azmin untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor namun Anwar dikatakan masih mahu Khalid terus memegang jawatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana